Marrybrown Bakal Buka 40 Cawangan Baharu Pada 2025 – Turut Memperkenalkan Menu Signature Yang Diinspirasi Dari Masakan Malaysia
Lina Rosli
Marrybrown mengumumkan perancangan untuk membuka 40 cawangan baharu di seluruh negara pada tahun 2025. Langkah ini diambil susulan kejayaan jenama tempatan itu meraih Anugerah Perak dalam kategori Restoran & Rangkaian Makanan Segera di Putra Aria Brand Awards 2024.
Pelan pengembangan ini akan memberi tumpuan kepada kawasan strategik termasuk Lembah Klang, Malaysia Utara, Pantai Timur dan Malaysia Timur.

Lokasi cawangan baharu ini dijangka akan memberi tumpuan kepada pusat komuniti yang aktif serta destinasi pelancongan popular, membolehkan lebih ramai penduduk tempatan dan pelancong menikmati sajian unik Marrybrown.
Bukan itu sahaja, tambah Marrybrown, selari dengan pembukaan cawangan baharu, jenama ini bakal menampilkan menu signature mereka yang diinspirasikan dari masakan Malaysia, selain memperkenalkan hidangan inovatif yang meraikan kepelbagaian rasa tempatan.
Dengan pengembangan besar-besaran ini, Marrybrown bukan sahaja mengukuhkan jenama mereka sebagai QSR tempatan yang berjaya tetapi juga membuktikan bahawa restoran tempatan mampu berdiri setanding dengan rangkaian makanan segera antarabangsa. Nantikan lebih banyak lokasi baharu Marrybrown pada tahun hadapan!