The Saujana Hotel Kuala Lumpur Memperkenalkan Bilik Ladies’ Executive – Destinasi Eksklusif Untuk Wanita Moden

February 5, 2025
Hotel & Pelancongan

Lina Rosli

The Saujana Hotel Kuala Lumpur dilihat telah hadir dengan ruangan yang khusus untuk golongan wanita professional menerusi pengenalan Ladies’ Executive Floor.

Untuk pengetahuan anda, Ladies’ Executive Floor ini merupakan sebuah ruang eksklusif yang direka khas untuk wanita moden yang mengutamakan keselesaan, kemewahan dan ketenangan. Terletak di tengah kehijauan Saujana, ruang ini menjanjikan pengalaman penginapan yang lebih peribadi dan eksklusif.

Menurut The Saujana Hotel Kuala Lumpur, terdapatnya keperluan khas untuk rata-rata pengembara wanita, di mana setiap perincian amat penting – bermula daripada kemudahan yang disediakan hinggalah kepada suasana bilik.

Ciri-Ciri Istimewa Ladies’ Executive Floor:

  • Ruang Luas Dan Mewah – Bilik Ladies’ Executive menawarkan keluasan 78 meter persegi yang mana setiap bilik dilengkapi dengan ruang tamu, ruang makan dengan sofa terbina, serta bilik tidur dengan katil bersaiz King. Hiburan tidak dilupakan dengan Smart TV yang disambungkan kepada Netflix serta Wi-Fi percuma untuk memastikan kesalinghubungan yang lancar.
  • Perincian Eksklusif – Sentuhan eksklusif termasuk jubah mandi merah jambu, cawan seragam, serta dulang kemudahan khas yang menampilkan produk premium dan keperluan kesihatan. Dua almari pakaian terbina menghubungkan bilik mandi terbuka yang dilengkapi dua sinki, tandas berasingan, pancuran mandian hujan serta tab mandi mewah.
  • Kesihatan Dan Relaksasi – Bilik ini juga menampilkan elemen kesejahteraan untuk membantu tetamu berehat dengan lebih baik. Antara keistimewaan lain termasuk jamuan minum petang percuma untuk dua orang, yang dihidangkan dari Isnin hingga Sabtu, 2:30 petang hingga 5:00 petang.
  • Lokasi Eksklusif Di Club WingLadies’ Executive Floor terletak di Club Wing yang eksklusif, dengan akses ke ruang daftar masuk peribadi. Para tetamu akan diiringi ke bilik mereka, memastikan pengalaman ketibaan yang lebih mewah dan lancar.
  • Pilihan Santapan Premium – Tetamu juga boleh menikmati jamuan minum petang percuma di dalam bilik, di Club Lounge dan juga di restoran Itali terkenal, Senja.

Dengan harga bilik bermula daripada RM 720++ satu malam, Ladies’ Executive Floor menawarkan pengalaman yang menggabungkan privasi, kemewahan dan kesejahteraan dalam satu pakej istimewa.

Sama ada untuk perjalanan perniagaan atau percutian, ruang ini pasti memenuhi keperluan wanita moden yang mencari ketenangan dalam kemewahan. Untuk tempahan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi [email protected] atau telefon +603 7843 1234.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd