Shake Shack MY Kini Memperkenalkan Burger Tanpa Roti – Pilihan Hidangan Yang Lebih Sihat
Lina Rosli
Pada Februari 2025 ini, nampaknya Shake Shack MY telah tampil dengan penawaran baharu yang pasti akan menarik perhatian anda yang sedang dalam diet. Ini kerana menu baharu yang diperkenalkan ini hadir dengan pilihan burger tanpa roti – iaitu burger menggunakan salad sebagai ‘roti‘.
Untuk siri Lettuce Wrap ini, ia boleh dinikmati di semua rangkaian Shake Shack di sekitar Lembah Klang iaitu di The Exchange TRX dan juga Sunway Pyramid.

Nikmati Keunikan Avocado Burger Dan Avocado Chicken Burger Tanpa Sebarang Roti
Bagi penggemar Shake Shack, Avocado Burger membawakan pengalaman baharu kepada anda. Untuk burger ini, ia hadir dengan gabungan patti daging Angus yang berjus, hirisan avocado segar, beef streaky applewood-smoked dan juga ShackSauce yang ikonik. Melengkapkannya, kesemua bahan ini diapit dalam daun salad yang segar.


Bagi anda yang mahukan pilihan ayam, jangan ketinggalan untuk mencuba Avocado Chicken yang terdiri daripada hirisan ayam yang rangup, avocado, beef streaky, jeruk masam serta sos mayonis herba buttermilk yang melazatkan – juga menggunakan salad sebagai pengganti roti.


Menurut Shake Shack, untuk siri Lettuce Wrap ini juga, anda boleh melakukan penggantian ban roti kepada salad untuk semua hidangan burger yang ada di dalam menu.
Selain itu, selepas pengenalan Bunga Raya Shake yang menjadi kegemaran rakyat tempatan, Shake Shack turut memperkenalkan Earl Gray Shake yang manis dan segar di dalam menu mereka.

Untuk pemanis mulut pula, anda juga boleh menikmati Concretes, iaitu campuran custard beku dengan pelbagai topping. Di Sunway Pyramid, anda boleh mencuba rasa eksklusif:
- The Golden Rule: Kastard vanila dengan campuran buah markisa dan mangga, dihiasi biskut karamel dan taburan emas – terinspirasi oleh keanggunan Sunway Pyramid.
- Shack Attack: Kastard coklat dengan potongan coklat dari Chocolate Concierge, brownie bites, dan sos Shack fudge.
- Cleopatra’s Dream: Kastard vanila dengan sos pistachio, dihiasi biskut matcha dan crepes rangup – pencuci mulut yang mewah dan penuh gaya.
Jadi, tunggu apa lagi? Singgah ke Shake Shack Sunway Pyramid dan nikmati pengalaman makan yang luar biasa dengan menu baharu ini!