Adakah Perlu Beli Ubat Gigi Dengan Fluorida Atau Bebas Fluorida?
Lina Rosli
Pada pendapat anda, perlukah anda mendapatkan berus gigi dengan fluorida atau bebas fluorida? Untuk pengetahuan anda, pengambilan fluorida ini sebenarnya bergantung kepada keperluan gigi anda – dan kebiasaannya untuk kanak-kanak, adalah digalakkan untuk anda mencari ubat gigi yang bebas fluorida.
Bila bercakap tentang penjagaan gigi, fluorida sememangnya memainkan peranan penting dalam penjagaan gigi.
Apa Itu Fluorida?
Untuk pengetahuan anda, fluorida merupakan sejenis mineral semulajadi yang mana ia membantu menguatkan enamel gigi atau lebih dikenali lapisan luar gigi – supaya lebih tahan terhadap kaviti.
Bukan itu sahaja, fluorida juga berfungsi sebagai perisai yang membantu melindungi gigi daripada asid yang terhasil daripada bakteria dan juga pengambilan makanan dan minuman gula.

Fluorida berfungsi dalam dua cara berbeza fluorida sistemik – yang anda ambil melalui makanan, air, atau suplemen dan fluorida topikal yang digunakan terus pada gigi melalui ubat gigi, ubat kumur, atau rawatan oleh doktor gigi.
Fluorida sistemik membantu membentuk gigi yang kuat sebelum ia tumbuh, sementara fluorida topikal menguatkan gigi yang sudah ada dan membantu mencegah kerosakan. Kedua-dua jenis ini berfungsi bersama-sama untuk menjaga kesihatan gigi anda.

Patutkah Anda Menggunakan Ubat Gigi Tanpa Fluorida?
Jika anda sedang mempertimbangkan untuk menggunakan ubat gigi tanpa fluorida, American Dental Association (ADA) mencadangkan agar bayi mula menggunakan sedikit ubat gigi fluorida selepas gigi pertama tumbuh, dan penggunaan ubat gigi bersaiz kacang pea disyorkan untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun. Ini penting untuk mengelakkan masalah fluorosis gigi, iaitu perubahan warna gigi seperti bintik putih atau coklat.
Tetapi bagaimana pula jika anda alah kepada fluorida atau tidak mahu menggunakannya? Jangan risau, terdapat banyak pilihan ubat gigi tanpa fluorida yang boleh anda cuba. Jika anda bimbang tentang kesan fluorida terhadap kesihatan anda, adalah untuk berbincang dengan doktor atau doktor gigi bagi mencari penyelesaian terbaik.