Golden C Oleh SKINMADE – Inovasi Vitamin C Untuk Kulit Lebih Muda

February 10, 2025
Kecantikan

Lina Rosli

Dalam dunia penjagaan kulit, Vitamin C sering menjadi pilihan utama untuk meningkatkan pengeluaran kolagen dan mencerahkan kulit. Namun, satu cabaran besar yang sering diabaikan ialah kestabilan ramuan ini. Walaupun terkenal dengan manfaatnya, tidak semua produk Vitamin C dicipta dengan keberkesanan yang sama.

Golden C: Revolusi Vitamin C Untuk Kulit Lebih Sihat

Untuk pengetahuan anda, asid askorbik yang merupakan bentuk tulen Vitamin C sering diketahui kurang stabil dan mudah teroksida – menyebabkan keberkesanannya menurun dari masa ke semasa.

Oleh sebab itu, Golden C hadir sebagai inovasi baharu dalam penghantaran vitamin C terus ke lapisan dermis kulit. Kajian klinikal menunjukkan bahawa Golden C mampu meningkatkan pengeluaran kolagen dengan lebih ketara berbanding Vitamin C biasa yang sering kehilangan potensinya.

Dibangunkan oleh jenama tempatan, SKINMADE, Golden C menjadi pilihan bagi mereka yang ingin mendapatkan kulit lebih sihat dan muda.

SKINMADE Golden C + Exoshot Collagen Boosting Filler Concentrate

Bagi menangani masalah keanjalan kulit yang berkurang, SKINMADE memperkenalkan Golden C + Exoshot Collagen Boosting Filler Concentrate, satu penyelesaian inovatif untuk membantu kulit kelihatan lebih anjal, halus dan tegang.

Produk ini menggabungkan bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan:

  • Golden C – Gabungan partikel emas, glutathione dan asid askorbik yang lebih stabil dan mampu menyerap ke dalam kulit dengan lebih baik berbanding Vitamin C konvensional. Selain itu, sistem penghantaran yang dipertingkatkan dengan emas koloid memastikan kesan lebih maksimum, sesuai juga untuk kulit sensitif dan wanita hamil.
  • Matrixyl 3000 & Matrixyl Synthe’6 – Membantu merangsang pengeluaran kolagen, mengurangkan garis halus dan kedutan.
  • Neodermyl – Meningkatkan sintesis kolagen dan elastin sehingga 200%, memberikan kesan lifting yang jelas dalam masa dua minggu.
  • Dermcom – Diperoleh daripada ekstrak crocus, berfungsi untuk meningkatkan interaksi selular dan keanjalan kulit.
  • LactoExosome, DNA Salmon & Fullerene – Membantu memperbaiki struktur kulit untuk wajah yang lebih terangkat dan terbentuk.

Cara Penggunaan SKINMADE Golden C + Exoshot Collagen Boosting Filler Concentrate

  1. Selepas menggunakan serum, sapukan SKINMADE Golden C + Exoshot Collagen Boosting Filler Concentrate terus pada kawasan yang mempunyai garis halus atau kurang anjal seperti pipi, dahi dan garis rahang.
  2. Urut perlahan sehingga meresap sepenuhnya ke dalam kulit.
  3. Akhiri dengan pelembap serta pelindung matahari pada siang hari.

Untuk hasil lebih optimum, disarankan untuk menggunakan Golden C + Exoshot Collagen Boosting Filler Concentrate bersama produk penjagaan kulit lain daripada SKINMADE.

Bagi yang berminat, harga pembelian produk ini adalah RM142.50 (15ml) yang mana ia boleh didapati di TikTok Shop, Shopee, dan Lazada. Layari www.myskinmade.com untuk maklumat lanjut.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd