ZUS Coffee Memperkenalkan Biji Kopi Baharu Untuk Siri SOE, Biji Kopi Brazil Curupira FAF 6156

February 10, 2025
Kopi

Lina Rosli

ZUS Coffee terus memperkaya pengalaman kopi dengan memperkenalkan biji kopi Brazil Curupira FAF 6156 sebagai tambahan baharu dalam siri Single Origin Espresso (SOE).

Dipilih dari dataran tinggi Alta Mogiana, Brazil, biji kopi ini bukan sekadar menjanjikan kualiti premium, tetapi juga menampilkan rasa yang lebih kompleks dan seimbang. Untuk pengetahuan anda, biji kopi ini menampilkan keseimbangan sempurna antara rasa hazelnut yang lembut dengan sentuhan epal merah yang menyegarkan.

Biji kopi Brazil Curupira FAF 6156 ini diproses dengan kaedah yang mengekalkan keaslian dan keseimbangan rasa. Setiap butiran dipilih dengan teliti untuk menghasilkan espresso yang kaya, halus dan mempunyai kemanisan semula jadi.

Sebagai sebahagian daripada rangkaian Single Origin Espresso, biji kopi ini kini boleh dinikmati dalam lima variasi minuman:

  • SOE CEO Latté – Minuman yang menggabungkan espresso dengan susu yang memberikan tekstur lebih berkrim.
  • SOE Americano – Espresso dengan rasa yang lebih berani tanpa tambahan susu
  • SOE Spanish Latté – Keseimbangan antara kopi dan kemanisan susu pekat manis.
  • Iced Shaken Double SOE – Minuman sejuk dengan lapisan rasa yang lebih kuat.
  • Iced Shaken SOE Berry Americano – Gabungan espresso dengan beri untuk keasidan dan kesegaran tambahan

Minuman baharu ini akan tersedia di 135 rangkaian ZUS Coffee bermula 10 Februari 2025. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ketersediaan dan lokasi outlet, pelanggan boleh menyemak aplikasi ZUS Coffee.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd