Skechers Sport Adventure – Koleksi Baharu Untuk Peminat Aktiviti Luar

February 12, 2025
Fesyen

Lina Rosli

Skechers kembali dengan inovasi terbaru untuk pencinta aktiviti luar dengan memperkenalkan koleksi Skechers Sport Adventure. Direka khas untuk mereka yang gemar meneroka alam semula jadi, koleksi ini menawarkan dua model utama iaitu Skechers D’Lites Hiker dan Skechers Relaxed Fit: D’Lux Journey.

Dengan harga RM459 sepasang, kasut dalam koleksi ini direka untuk memberikan gabungan keselesaan, kestabilan dan gaya – yang mana ia sesuai untuk segala jenis cabaran dari denai berbukit ke laluan pejalan kaki.

Apa yang menarik pada Skechers D’Lites Hiker adalah, ia menampilkan rekaan klasik dengan kombinasi kulit, mesh dan sintetik untuk ketahanan maksimum. Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan Air-Cooled Memory Foam dan juga menggunakan tapak luar Goodyear Rubber yang memberi cengkaman kuat.

Untuk Skechers D’Lites Hiker, ia hadir dengan pilihan warna seperti Light Grey & Natural untuk lelaki – sementara Natural Multi & Black White untuk wanita.

Manakala Skechers Relaxed Fit D’Lux Journey pula, ia hadir dengan rekaan moden yang memperlihatkan penggunaan elemen knit dan sintetik yang fleksibel. Ia juga menggunakan platform midsole berkusyen untuk lebih sokongan selain turut dilengkapi dengan Air-Cooled Memory Foam.

Dari segi pilihan warna, Skechers Relaxed Fit D’Lux Journey hadir dengan dua pilihan iaitu Taupe Multi & Black (lelaki) dan Natural Pink & Grey Blue (wanita).

Bagi yang berminat, koleksi ini boleh didapati di kedai Skechers terpilih seperti Pavilion Bukit Jalil, Pavilion KL, Suria KLCC, Sunway Pyramid, dan 1 Utama. Anda juga boleh membelinya secara online di Shopee, Lazada dan skechers.com.my.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd