Tim Hortons, Jenama Kopi Dan Donut Popular Dari Kanada Kini Mempunyai Sijil Halal JAKIM
Lina Rosli
Kini, jenama kedai kopi dan donut dari Kanada, Tim Hortons telah mengumumkan yang mana mereka telahpun menerima pengiktirafan halal oleh JAKIM.
Bagi anda yang tidak begitu mengenali Tim Hortons, jenama ini menawarkan variasi pilihan kopi berkualiti tinggi selain turut menyediakan pastri, pasta sedia makan dan juga sandwic.
Di Malaysia, Tim Hortons kini sudah membuka 3 cawangan di pusat beli-belah utama di Malaysia – iaitu di Sunway Velocity Mall, Sunway Pyramid dan juga IOI City Mall Putrajaya.


Dengan adanya pengiktirafan ini, ia secara tidak langsung menunjukkan usaha Tim Hortons dalam memastikan pengalaman kulinari terbaik dan diyakini – terutamanya bagi pelanggan yang mengutamakan jaminan Halal untuk produk minuman dan juga makanan.
Bagi yang tidak mengetahui, pengiktirafan Halal ini sebenarnya melibatkan beberapa aspek di dalam proses penyediaan makanan. Ia bermula dengan proses pemilihan bahan, proses pembuatan hingga ke pembungkusan – yang mana perlulah mematuhi standard yang ditetapkan oleh JAKIM.