Bufet Ramadan 2025 – The Saujana Hotel KL Menampilkan Hidangan Berbuka Puasa Yang Menyambut Keunikan Rasa Malaysia

February 18, 2025
Hotel & Pelancongan

Lina Rosli

Untuk Ramadan 2025 ini, nampaknya Charcoal Restaurant di The Saujana Hotel Kuala Lumpur akan membawakan kepada para pengunjung akan pengalaman makan yang luar biasa dengan menyajikan Kembara Cita Rasa Nusantara, sebuah bufet yang akan memanjakan deria rasa anda dari 3 hingga 29 Mac 2025.

Buffet istimewa ini menawarkan gabungan sempurna antara tradisi dan sentuhan moden dalam setiap hidangan, menampilkan cita rasa asli Malaysia yang diolah dengan cara yang lebih elegan.

Kembara Cita Rasa Nusantara Menampilkan Hidangan Istimewa Dari Pelbagai Rantau

Dari Nasi Ambeng yang menyentuh kenangan, hingga Wadai Kipeng yang penuh nostalgia, setiap sudut bufet Ramadan ini menampilkan keaslian masakan tempatan yang penuh makna.

Apa yang menarik, terdapat juga sudut Selangor Cuisine yang akan menampilkan hidangan-hidangan ikonik seperti Sambal Taun dan Bahulu Kemboja. Ini adalah peluang emas untuk merasai keindahan citarasa setiap negeri yang sering kali terlepas dari perhatian.

Kolaborasi ini turut disokong oleh Tourism Selangor dalam usaha memperkenalkan keunikan warisan kulinari Malaysia kepada dunia.

Bukan itu sahaja, di Kembara Cita Rasa Nusantara, para pengunjung turut boleh menikmati pelbagai hidangan yang memikat seperti:

  • Seafood Extravaganza: Udang harimau, kerang, dan ketam bunga yang segar dipadankan dengan perasa yang menggoda.
  • Chef’s Signature Corner: Daging kambing panggang lambat dengan rempah istimewa, disajikan bersama sos yang kaya.
  • Live Cooking Stations: Penyediaan Teppanyaki, Penang Char Kway Teow, dan sate panggang yang segar dari dapur.
  • Decadent Desserts: Kuih tradisional Melayu dan pastri antarabangsa yang enak, siap untuk memanjakan peminat manisan.

Selain menampilkan hidangan makanan yang enak dan lazat, pada tahun ini juga, The Saujana Hotel KL turut bekerjasama dengan FGV Holdings Berhad, yang membawakan Saji Aroma Rice, beras wangi tempatan yang ditanam secara mampan di Sekinchan – terus ke dapur mereka, Charcoal Restaurant.

Untuk setiap hidangan berasaskan nasi, Charcoal Restaurant akan menggunakan beras berkualiti ini bagi menawarkan rasa dan aroma yang luar biasa. Dan dengan ini, ia sedikit sebanyak menjadi inisiatif yang berguna dalam memperkasakan komuniti dan pertanian tempatan.

Harga Bufet Ramadan Di The Saujana Hotel KL

Dengan harga sekitar RM180 seorang, anda boleh menikmati pelbagai sajian makanan yang pastinya membuatkan pengalaman gastronomi anda lebih mengujakan.

Selain itu, bufet ini juga menawarkan potongan harga untuk warga emas dan kanak-kanak. Anak-anak bawah enam tahun menikmati hidangan dengan diskaun 50%, manakala mereka yang berumur antara 6-12 tahun dikenakan bayaran RM90.

Terdapat juga potongan 20% untuk ahli LBS & SGCC serta pemegang kad bank terpilih dengan tempahan awal. Dan sekiranya anda ingin mendapatkan harga yang lebih berbaloi, anda boleh mula melakukan tempahan sebelum 28 Februari 2025 – dan nikmati bufet ramadan ini pada harga istimewa iaitu RM145 seorang.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman makan yang luar biasa ini – bermula dari 3 hingga 29 Mac 2025. Tempahan boleh dibuat melalui talian +603 7843 1234 atau emel [email protected]. Rasai sendiri gabungan tradisi, inovasi dan kenangan yang dihimpun dalam satu sajian yang istimewa.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd