Tealive X Bulan Bintang Menampilkan Siri Minuman Baharu – Nikmati Thai Tea Bermula Hari Ini
Lina Rosli
Menjelang Ramadan ini, Tealive nampaknya tidak ingin ketinggalan dalam menawarkan sesuatu yang istimewa buat penggemar mereka.
Untuk bulan puasa pada tahun ini, Tealive kembali dengan penawaran yang lebih meriah yang mana mereka telahpun bekerjasama dengan Bulan Bintang – jenama pakaian popular tempatan di dalam menawarkan minuman kegemaran ramai iaitu Thai Tea atau teh Thai menerusi kempen Tehhhhpaling Raya Thai Tea.

Siri minuman Thai Tea ini merupakan siri minuman edisi terhad yang bakal menceriakan bulan puasa anda. Tampil dengan dua pilihan kegemaran ramai, siri minuman ini menjanjikan rasa asli dari Thailan yang menyegarkan:
- Thai Milk Tea with Cream Cloud – Kombinasi teh susu Thai yang kaya dengan lapisan Cream Cloud yang lembut dan berkrim.
- Thai Milk Tea with Pearls – Rasa Thai Tea asli dengan tambahan pearls kenyal untuk pengalaman mengunyah yang memuaskan.
Bagi yang berminat untuk mencuba minuman baharu ini, Tehhhhpaling Raya Thai Tea, kini tersedia di semua cawangan Tealive Malaysia bermula hari ini. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba sebelum kehabisan.