Nongshim Memperkenalkan SHIN Ramyun Toomba – Gabungan Rasa Pedas Dan Berkrim

February 25, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Khusus untuk peminat mi segera Nongshim, nampaknya jenama popular dari Korea Selatan ini hadir dengan variasi produk baharu yang pastinya digemari ramai – iaitu SHIN Ramyun Toomba.

Untuk SHIN Ramyun Toomba ini, ia menggabungkan kepedasan ikonik SHIN Ramyun dengan kepekatan rasa keju dan krim yang berlemak, memberikan pengalaman rasa yang unik dan memuaskan.

Dari Resipi Viral Ke Produk Sedia Dimakan

Resipi ‘Toomba’ yang tular sejak beberapa tahun lalu melibatkan campuran SHIN Ramyun dengan susu, keju, dan bahan tambahan lain.

Fenomena ini semakin mendapat perhatian ramai dengan pertumbuhan kandungan berkaitan di media sosial – yang mana ia meningkat dengan jumlah purata 13% setiap tahun dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

SHIN Ramyun Toomba bukan sekadar mi segera biasa – ia dirumus khas dengan keju cheddar dan Parmesan, bersama krim segar untuk tekstur yang lebih kaya. Ditambah dengan aroma bawang putih, cendawan serta sentuhan pasli, ia mencipta lapisan rasa yang kompleks dan seimbang antara kepedasan serta kelemakan yang memikat selera.

Kini Boleh Didapati Di Pasaran – Turut Disahkan Halal

Bagi yang ingin mencuba, SHIN Ramyun Toomba kini boleh didapati di pasar raya utama dan kedai serbaneka di seluruh negara. Ia juga boleh dibeli melalui kedai rasmi NONGSHIM di TikTok Shop, menjadikannya lebih mudah diakses oleh peminat mi segera.

Lebih menarik, mi segera ini turut mendapat pensijilan Halal, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk lebih ramai pengguna. Dengan pengiktirafan halal ini, ia secara tidak langsung memberi jaminan akan kebersihan dan kesucian bahan yang digunakan di dalam SHIN Ramyun Toomba.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd