NatureLab Tokyo Kini Di Malaysia – Teknologi Rambut Jepun Untuk Rambut Lebih Sihat Dan Bersinar

February 26, 2025
Kecantikan

Lina Rosli

Selepas sekian lama dinantikan, jenama penjagaan rambut terkenal dari Jepun, NatureLab Tokyo, akhirnya memasuki pasaran Malaysia – dan kini boleh didapati menerusi kedai kecantikan dan farmasi Watsons.

Dikenali dengan gabungan inovasi sains dan kebaikan alam semula jadi, NatureLab Tokyo membawakan rangkaian produk bebas bahan berbahaya yang dirumus khas untuk menangani pelbagai masalah rambut dengan pendekatan moden dan lestari.

Diformulasi Menggunakan Bahan Semula Jadi

Apa yang menjadikan NatureLab Tokyo unik? Rahsianya terletak pada teknologi botani proprietari yang menggunakan sel stem tumbuhan kaya dengan nutrien dan antioksidan.

Teknologi ini berfungsi untuk menyuburkan kulit kepala dan menangani masalah rambut dari akar hingga hujung tanpa menggunakan bahan kimia agresif seperti ftalat, paraben dan sulfat.

Dengan pendekatan ini, NatureLab Tokyo memastikan produk mereka bukan sahaja mesra alam dan selamat, tetapi juga berprestasi tinggi dalam merawat rambut agar kekal sihat, lembut, dan lebih bertenaga.

Pengenalan Rangkaian Hero NatureLab Tokyo – Saisei & Kiseki

Bagi mereka yang mencari solusi khusus untuk masalah rambut, dua rangkaian utama ini bakal menjadi pilihan utama:

Saisei – Melahirkan Semula Rambut Anda

Saisei bermaksud “kelahiran semula” dalam bahasa Jepun dan dicipta khas untuk mengatasi masalah rambut beruban serta keguguran rambut. Dibangunkan menerusi penyelidikan selama 12 tahun, formula Saisei ini telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan uban sehingga 73% dalam tempoh tiga bulan.

Keunikan Saisei terletak pada kandungan peptida biomimetik yang meniru peptida semula jadi tubuh untuk merangsang pengeluaran melanin dan menyegarkan folikel rambut.

Dengan penggunaan Stress Defense Amino-Acid Shampoo, Restoring Therapy Conditioner dan Biomimetic Peptide Treatment Essence, rambut anda akan menjadi lebih kuat, sihat, dan bersinar secara semula jadi.

Kiseki – Pemulihan Rambut Rosak

Bagi mereka yang mengalami rambut rosak akibat pewarnaan, penggunaan alat panas atau bahan kimia, rangkaian Kiseki adalah penyelamat utama.

Produk hero dalam koleksi ini ialah Kiseki (Miracle) Molecular Repair Leave-In Masque, yang mampu memulihkan rambut dalam hanya empat minit.

Dengan kombinasi ekstrak milk thistle, minyak biji teh hijau dan teknologi molekul terkini, rawatan ini bukan sahaja membaiki rambut dari dalam tetapi juga mengembalikan kelembapan, ketahanan, dan kelembutan. Aromanya yang diinspirasikan daripada Hinoki Forest memberikan pengalaman santai seolah-olah berada di spa Jepun.

Pilihan Lengkap Untuk Semua Jenis Rambut

Selain Saisei dan Kiseki, rangkaian lain seperti Perfect Volume, Perfect Repair dan Perfect Clean turut tersedia untuk memenuhi keperluan rambut berbeza. Sama ada rambut leper, kering atau berminyak, NatureLab Tokyo menawarkan penyelesaian yang tepat dengan formula inovatif mereka.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba rangkaian produk NatureLab Tokyo, ia kini boleh didapati di Watsons serta pembelian melalui platform atas talian Mandom Official Store di Shopee dan Lazada.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd