Bufet Ramadan IKEA 2025 Boleh Dinikmati Pada Harga RM59.90

February 28, 2025
Gaya Hidup

Lina Rosli

Bersempena Ramadan ini, nampaknya anda boleh menikmati menu bufet istimewa di IKEA bermula hari ini iaitu 10 Mac hingga 27 Mac 2025 untuk semua cawangan – iaitu pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 7 malam hingga 9.30 malam.

Menurut perkongsian di laman rasmi IKEA, tawaran harga untuk pelanggan yang berminat adalah cukup berbaloi iaitu:

  • Dewasa – RM49.90
  • Kanak-kanak 4 hingga 12 tahun – RM19.90
  • Kanak-kanak bawah 4 tahun – Percuma

Dari segi harga, nampaknya IKEA memperlihatkan penawaran harga baharu iaitu RM59.90 untuk seorang dewasa – yang mana jika sebelum ini (pada tahun 2022), harga bufet pernah mencecah serendah RM19.90 seorang dan meningkat kepada RM39.90 dan seterusnya RM45.90 untuk dewasa.

Menarik bukan? Untuk mula menikmati bufet Ramadan ini, anda boleh mendapatkan dan menempah tiket di kaunter IKEA Restaurant atau Swedish Food Market yang terdapat di setiap rangkaian dan memperolehi baucar IKEA percuma bernilai RM10.

Harus diingatkan bahawa barisan untuk memasuki ke dalam restoran akan ditutup 15 minit sebelum waktu berbuka puasa yang mana ia memerlukan anda untuk tiba lebih awal bagi memudahkan penyediaan hidangan di setiap meja.

Bagi anda yang ingin mengetahui juadah menarik yang disediakan sepanjang Bufet Ramadan IKEA, tahun ini IKEA menampilkan sajian yang berbeza setiap hari – untuk dinikmati sepanjang bulan puasa ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi IKEA bermula hari ini.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd