Nikmati Bufet Aiskrim Inside Scoop Pada 15 Mac 2025 Di Inside Scoop Setapak – Tiket Berharga RM25 Seorang

March 4, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Khusus buat pencinta aiskrim, Inside Scoop bakal menganjurkan bufet aiskrim tanpa had pada 15 Mac 2025 di Inside Scoop Setapak. Dengan hanya RM25 seorang, anda boleh menikmati pelbagai perisa aiskrim kegemaran anda sepuasnya.

Apa yang menarik di bufet aiskrim ini, Inside Scoop menyajikan lebih 70 jenis perisa yang berbeza untuk anda nikmati sehingga kenyang. Dari perisa klasik seperti Spanish Latte dan Valrhona Chocolate sehinggalah kepada pilihan tempatan seperti Cempedak, Onde-Onde dan Teh Tarik, pastinya ada sesuatu untuk setiap selera.

Di acara ini, Inside Scoop hadir dengan dua zon berbeza iaitu zon merah jambu dan zon biru – yang mana telah disusun mengikut nombor bagi memudahkan anda mengambil aiskrim yang ditawarkan.

Selain itu, Inside Scoop juga turut menyediakan ruang makan yang luas untuk anda menikmati hidangan aiskrim anda bersama keluarga dan rakan.

Jika anda tidak mahu terlepas, pastikan anda datang awal dan rancang perjalanan anda – dibuka bermula jam 7.30 malam sehingga 11.00 malam. Pastikan anda mencuba kesemua aiskrim yang ada di Bufet Ramadan Inside Scoop – hanya di Inside Scoop Setapak.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd