Koleksi UNIQLO U 2025 Musim Bunga/Panas Menampilkan Gaya Minimal Dan Selesa – Dipadankan Dengan Warna Pastel
Lina Rosli
UNIQLO mengumumkan pelancaran Koleksi UNIQLO U 2025 Bunga/Panas yang akan tersedia secara rasmi bermula 21 Mac, dengan beberapa item ditawarkan melalui pra-jualan.
Koleksi ini direka oleh Christophe Lemaire dan Sarah-Linh Tran bersama pasukan mereka di Paris, menampilkan palet warna pastel yang lembut serta material inovatif untuk keselesaan maksimum dalam cuaca panas.


Koleksi ini menampilkan warna pastel seperti krim, kuning, kelabu dan putih, yang melambangkan kesegaran musim baharu. Selain itu, warna ungu turut diperkenalkan dalam Denim Bermuda Shorts dan shoulder bag, memberikan elemen kontras yang menarik.
Bukan itu sahaja, UNIQLO turut memperkenalkan bahan fabrik baharu yang lebih lembut bagi memastikan keselesaan sepanjang hari. Antara item utama termasuk SUPIMA Cotton Sheer Long T-shirt dan SUPIMA Cotton Oversized T-shirt, yang boleh digayakan secara berlapis tanpa mengorbankan keselesaan, menjadikannya pilihan ideal untuk cuaca tropika.

Selain pakaian, koleksi ini turut menawarkan item praktikal seperti Hooded Blouson untuk lelaki dan Cotton Hooded Coat untuk wanita, kedua-duanya direka dengan siluet moden dan boleh digunakan untuk kedua-dua lelaki dan wanita.
Koleksi UNIQLO U 2025 terdiri daripada 20 item untuk lelaki, 20 item untuk wanita, serta tiga aksesori, dengan majoriti rekaan yang bersifat uniseks.