A&W Memperkenalkan Kemudahan Pra-Tempah Hidangan Iftar Melalui Aplikasi

March 6, 2025
Aplikasi

Lina Rosli

Menjelang bulan Ramadan, waktu berbuka puasa sering menjadi saat yang dinanti-nantikan. Namun, bagi sesetengah individu, cabaran utama adalah kesibukan mencari tempat makan atau menunggu lama untuk mendapatkan hidangan.

Bagi memudahkan pengalaman berbuka puasa, A&W kini memperkenalkan kemudahan pra-tempah iftar melalui aplikasi mereka.

Dengan adanya fungsi pra-tempah ini, pelanggan boleh membuat pesanan seawal jam 11.00 pagi melalui aplikasi A&W dan menikmati hidangan mereka secara dine-in ketika waktu berbuka. Ini bukan sahaja membantu mengelakkan kesesakan, malah memastikan setiap pesanan disediakan dengan lebih teratur tanpa perlu menunggu lama.

Dan apa yang lagi menarik, anda juga boleh mengetahui bilangan tempat duduk yang tersedia terus pada aplikasi.

Bagi yang berminat, A&W menawarkan pelbagai pilihan menu klasik mereka termasuk Root Beer Float, Coney Dog dan Golden Aroma Chicken yang boleh dipesan lebih awal.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd