The Coffee Bean & Tea Leaf Lanjut Operasi Sepanjang Ramadan Sehingga 2 Pagi – Untuk Beberapa Cawangan Terpilih

March 7, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Sempena Ramadan 2025, The Coffee Bean & Tea Leaf akan melanjutkan waktu operasi di lebih 40 cawangan terpilih di seluruh Malaysia. Ini membolehkan pelanggan menikmati minuman kegemaran mereka sehingga lewat malam, sesuai untuk iftar, selepas solat Tarawih atau sahur.

Terdapat juga cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf yang dibuka sehingga jam 12.00 tengah malam dan juga 1.00 pagi. Berikut adalah senarai kedai/cawangan yang terlibat untuk perubahan waktu operasi ini.

Bukan itu sahaja, jenama ini turut memperkenalkan promosi istimewa, Midnight Delight yang mana pelanggan boleh mendapatkan mana-mana minuman bersaiz 12oz pada harga RM12 sahaja. Tawaran ini sah bermula jam 12.00 tengah malam sehingga waktu tutup sepanjang Ramadan di cawangan terpilih.

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, anda boleh melayari laman web rasmi The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia atau mengikuti mereka di platform media sosial.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd