G-Shock X Barbie Serlah Konsep Cantik Dan Tahan Lasak – Berharga RM795 Di Malaysia
Maizuraa
Gabungan antara ketahanan dan kecantikan sememangnya menarik perhatian. G-Shock yang terkenal dengan jam tangan tahan lasak kini bekerjasama dengan Barbie, iaitu simbol kecantikan dan gaya untuk menghasilkan jam tangan yang cantik buat pengguna wanita.

Jam tangan ini menonjol dengan warna merah jambu ceria yang menjadi warna ikonik Barbie. Ia juga sejenis analog digital yang dipadankan dengan muka jam berwarna merah jambu serba menawan. Selain itu, tali jam juga dihiasi dengan logo ikonik Barbie, termasuk pada plat belakangnya. Keseluruhan jam tangan ini sememangnya tampil cantik sambil mengekalkan ketahanan yang diperlukan untuk aksesori harian yang tahan lama.



G-Shock X Barbie adalah pilihan yang terbaik bagi wanita yang ingin tampil feminin tetapi mencari sesuatu yang tahan lasak dan bergaya pada masa sama. G-Shock X Barbie edisi terhad ini dijual pada harga RM795. Anda boleh mendapatkannya melalui laman web rasmi Casio Malaysia, atau pengedar sah mereka bermula 10 Mac 2025.