La Roche-Posay & Watsons Malaysia Dalam Usaha Meningkatkan Akses Penjagaan Kulit Di Malaysia

March 11, 2025
Kecantikan

Lina Rosli

Secara amnya, Malaysia mempunyai 33 juta penduduk, namun terdapat kurang daripada 200 pakar dermatologi dalam bidang kesihatan kulit.

Statistik ini menyebabkan ramai di kalangan rakyat Malaysia sukar untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan kulit terutama golongan yang berada di kawasan luar bandar dan berpendapatan rendah.

Dengan misi untuk menjadikan penjagaan dermatologi lebih mudah diakses oleh semua, La Roche-Posay mengumumkan perkongsian transformatif dengan Watsons Malaysia. Inisiatif ini bertujuan  memberi sokongan kepada Yayasan Kulit Malaysia untuk menyampaikan harapan, pendidikan dan penjagaan yang adil kepada komuniti yang kurang mendapat perhatian.

Menyediakan Perkhidmatan Dermatologi Secara Percuma Kepada Komuniti Setempat 

Bekerjasama dengan pakar dermatologi terkemuka Malaysia, Dato’ Dr. Noor Zalmy dan Dr. Nur Syazwin Sies, La Roche-Posay membawakan perkhidmatan dermatologi percuma kepada komuniti di Setapak, Sungai Buloh dan Gombak. Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan untuk menjadikan pakar penjagaan kulit lebih mudah diakses oleh komuniti setempat.

Melalui perundingan profesional di lapangan, pelan rawatan yang diperibadikan dan panduan praktikal untuk kesihatan kulit jangka panjang, inisiatif ini memperkasakan individu dengan pengetahuan dan alat yang tepat untuk menguruskan kesihatan kulit mereka dengan yakin.

Kempen ini mencerminkan komitmen La Roche-Posay dalam menyediakan penjagaan kulit yang holistik dan bukan sekadar merawat masalah kulit. Inisiatif ini digerakkan melalui gabungan pendidikan dan diagnosis – bertujuan untuk mengubah tahap kesihatan kulit bagi komuniti setempat di seluruh negara.

Selari dengan kempen ini, bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2025, untuk setiap produk La Roche-Posay yang dibeli di Watsons Malaysia, RM2 akan didermakan kepada Yayasan Kulit Malaysia.

Dana ini diharap dapat menyemarakkan program kritikal – daripada kempen pendidikan awam kepada rawatan bersubsidi, bagi memastikan tiada siapa yang menderita dalam diam disebabkan jurang dalam penjagaan dermatologi.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd