Skechers Hadir Dengan Koleksi Max Cushioning Endeavour – Kasut Larian Dengan Keselesaan Maksimum

March 11, 2025
Fesyen

Lina Rosli

Dalam dunia sukan larian yang sentiasa berkembang, pelari kini bukan sahaja mencari kepantasan, tetapi juga keselesaan dan prestasi terbaik dalam setiap langkah. Menyedari keperluan ini, Skechers memperkenalkan model terbaharu dalam siri Max Cushioning – Skechers Max Cushioning Endeavour.

Untuk koleksi ini, ia menampilkan keseimbangan sempurna antara sokongan yang lembut dan responsif tinggi. Dengan teknologi terkini dalam keselesaan dan reka bentuk moden, Skechers dijangka akan melancarkan koleksi ini dalam tiga fasa berbeza sehingga 17 Mac, menawarkan pelbagai pilihan warna untuk memenuhi cita rasa setiap pelari.

Ciri Utama Skechers Max Cushioning Endeavour

  • Skechers Max Cushioning – Direka untuk keselesaan dan sokongan optimum, sesuai untuk kegunaan sepanjang hari.
  • Skechers Air-Cooled Goga Mat – Tapak kasut yang mengekalkan kesegaran kaki sambil memberikan kusyen responsif dengan daya lantunan tinggi.
  • Ultra-lightweight Skechers Soft Stride – Busa ringan yang menambah kelembutan dan keselesaan pada setiap langkah.
  • Natural Rocker Technology – Menggalakkan pergerakan semula jadi dari tumit ke hujung kaki dengan lebih lancar dan tanpa usaha berlebihan.

Bagi yang berminat, koleksi Skechers Max Cushioning Endeavour ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu hitam, putih kelabu dan taupe hitam yang berharga sekitar RM479 sepasang.

Selain itu, Skechers turut memperkenalkan Skechers Slip-Ins Max Cushioning Endeavour, kasut inovatif yang membolehkan pemakai menyarungnya dengan mudah tanpa perlu membongkok. Dilengkapi dengan Heel Pillow, kasut ini memberikan sokongan tambahan agar kaki kekal stabil dan selesa sepanjang hari.

Untuk koleksi Skechers Slip-Ins Max Cushioning Endeavour pula dijual pada harga RM499 dengan pilihan warna charcoal, putih, navy dan hitam.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd