ZUS Coffee Melancarkan ZUS CARES – Inisiatif Yang Memfokuskan Bantuan Kemanusian Untuk Rakyat Malaysia

March 13, 2025
Gaya Hidup

Lina Rosli

ZUS Coffee telah melancarkan ZUS CARES, sebuah inisiatif baharu yang dirangka untuk menjadikan setiap pembelian kopi sebagai satu sumbangan bantuan kemanusiaan yang bermakna untuk rakyat Malaysia.

Pada awalnya diperkenalkan untuk menyokong usaha bantuan ke Gaza, ZUS CARES kini berkembang untuk merangkumi pelbagai bantuan lain, termasuk untuk mangsa banjir, komuniti kurang bernasib baik, dan mereka yang memerlukan keperluan dan perkhidmatan asas.

ZUS CARES ini menyediakan makanan, sumber pendidikan, bekalan perubatan dan keperluan harian kepada individu dan keluarga yang menghadapi kesulitan.

Melalui ZUS CARES, setiap secawan kopi berpotensi untuk memberi perbezaan. Dengan memanfaatkan ciri sumbangan dalam aplikasi ZUS Coffee, pelanggan boleh menyumbang kepada golongan yang memerlukan daripada RM1 sehingga RM10 semasa pembayaran. 

Pelanggan yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini boleh mengikuti perkembangan impak sumbangan mereka dengan mengikuti saluran media sosial ZUS Coffee – untuk mengetahui kemaskini berterusan mengenai usaha dan bantuan yang dilaksanakan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd