Solekan Untuk Raya – Bobbi Brown Kongsi Tips Kulit Berseri Sepanjang Hari Raya

March 14, 2025
Kecantikan

Lina Rosli

Tinggal beberapa hari lagi sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jadinya, sudah tiba masa untuk bersiap sedia menyambut hari penuh keceriaan ini.

Dan semestinya, sewaktu hari raya, anda menginginkan penampilan yang segar dan berseri sepanjang hari. Oleh itu, dengan rejimen 3 langkah Bobbi Brown (Bobbi Brown’s 3-Step Regimen), anda boleh mendapatkan kulit yang bukan sahaja terhidrasi dengan sempurna, malah kekal berseri dari pagi hingga ke malam.

#1 Melembapkan & Menghidratkan

Rahsia solekan tahan lama bermula dengan kulit yang sihat. Vitamin Enriched Face Base adalah gabungan pelembap dan primer yang diformulasikan dengan Shea Butter, Asid Hyaluronik serta vitamin B, C, dan E.

Ia membantu menyuburkan dan menghidrat kulit – selain mencipta lapisan asas yang licin agar solekan dapat disapu dengan lebih mudah. Teksturnya yang ringan dan aroma sitrus yang menyegarkan menjadikannya pilihan terbaik untuk kulit yang bersedia sepanjang hari.

Beli – Vitamin Enriched Face Base 100ml, RM 485

#2 Mencerahkan & Melindungi

Untuk mendapatkan kesan kulit bersinar secara semula jadi, Intensive Serum Radiance Primer adalah pilihan terbaik. Diperkaya dengan ekstrak Cordyceps dan Ginseng, primer ini membantu meningkatkan tenaga kulit dan memberi kilauan yang sihat.

Dengan tekstur seperti serum yang mudah meresap ke dalam kulit, ia bukan sahaja melindungi tetapi juga memanjangkan ketahanan solekan anda sepanjang hari.

Beli – Intensive Serum Radiance Primer, RM 275

#3 Menyempurnakan Solekan

Solekan asas yang tahan lama dan selesa adalah kunci utama untuk wajah yang kekal segar. Weightless Skin Foundation memberikan litupan sederhana yang boleh dibina (buildable), serta hidrasi selama 24 jam dengan teknologi kawalan minyak.

Hasilnya? Kulit kelihatan sempurna dengan kemasan kusam (matte) semula jadi tanpa rasa berat atau bercapuk. Sama ada untuk gaya minimalis atau glam eksklusif, asas ini memastikan wajah anda kekal berseri sepanjang Hari Raya.

Beli – Weightless Skin Foundation, RM 129

Apa Gaya Raya Anda?

Bagi mereka yang inginkan tampilan lembut dan segar, Bobbi Brown turut menyarankan beberapa langkah tambahan:

  1. Sapukan Sheer Finish Pressed Powder untuk mengawal minyak dan mengekalkan kesegaran solekan.
  2. Gunakan Long-Wear Cream Shadow Stick dalam warna neutral untuk definisi mata yang lembut tetapi tahan lama.
  3. Sapukan Pot Rouge for Lips & Cheeks di bahagian pipi untuk kesan merona yang sihat dan semula jadi.
  4. Lengkapkan dengan Luxe Lipstick dalam warna nude dan sapukan Extra Plump Lip Serum untuk kesan bibir lebih lembut dan segar.

Jadi, apakah gaya raya anda? Adakah anda menggemari Glamour Glow atau lebih menyukai penampilan yang lebih ke arah Radiant Glow?

Dengan langkah mudah ini, anda boleh mendapatkan kulit yang berseri dan solekan yang tahan lama sepanjang musim perayaan. Sama ada anda mahukan kesan matte yang sempurna atau glow yang semula jadi, rejimen 3 langkah Bobbi Brown adalah jawapan untuk tampilan raya yang mudah tetapi elegan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd