MUJI Malaysia Buka Dua Cawangan Di Sabah

March 14, 2025
Gaya Hidup

Lina Rosli

Selepas pembukaan cawangan pertama MUJI Malaysia di Sarawak, kini jenama gaya hidup ini telah memperluaskan lagi penawaran mereka di satu lagi negeri di Malaysia Timur iaitu, Sabah yang mana lokasinya adalah di sekitar di Kota Kinabalu.

Pusat membeli-belah yang dipilih untuk kedua-dua cawangan ini adalah Suria Sabah dan juga Imago Sabah (yang akan dibuka pada 28 Mac 2025).

Ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperluaskan penawaran mereka di seluruh negara. Langkah ini membolehkan penduduk Sabah menikmati akses mudah kepada koleksi produk minimalis berkualiti tinggi yang menjadi identiti Muji.

Di Muji Sabah ini, ia menawarkan pelbagai produk, termasuk pakaian, kelengkapan rumah, produk kecantikan dan makanan – semuanya direka dengan gaya minimalis yang praktikal dan berfungsi.

Dengan komitmen terhadap rekaan berkualiti serta konsep “simplicity and sustainability,” Muji terus menjadi jenama pilihan bagi mereka yang menghargai gaya hidup ringkas dan serba guna.

Bagi penduduk di Sabah, pembukaan kedai ini membawa pengalaman membeli-belah baharu yang membolehkan mereka melihat, mencuba dan merasai produk secara langsung.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd