New Balance 471 – Kasut Retro Yang Versatil Dengan Sentuhan Moden
Lina Rosli
New Balance kembali dengan siluet baharu yang menggabungkan warisan larian era 1970-an dengan gaya harian yang fleksibel. Dikenali sebagai New Balance 471, membawakan keseimbangan antara elemen vintaj dan gaya kontemporari, menjadikannya pilihan baharu yang boleh digayakan dalam pelbagai situasi.

Dengan penggunaan bahan premium dan perincian klasik, New Balance 471 ini direka dengan profil yang lebih tirus sambil mengekalkan elemen warisan larian dari era 70-an. Untuk pengetahuan anda, kasut ini menampilkan bahan seperti suede berbulu dan mesh tenunan memberi sentuhan autentik kepada kasut.
New Balance 471 juga membuktikan bagaimana jenama ini menggabungkan sejarah prestasi dengan gaya hidup moden. Kasut ini telah diperkenalkan secara rasmi oleh duta jenama, Cameron Brink, semasa acara NBA Paris Games, menyerlahkan daya tarikannya yang versatil dan mampu melengkapi pelbagai gaya.

Bagi yang ingin mendapatkan New Balance 471, ia akan mula dijual secara rasmi di laman web New Balance serta butik The Exchange TRX dan Pavilion KL bermula 26 Mac dengan harga RM449.00. Lebih banyak warna akan dilancarkan dalam bulan-bulan akan datang.