Tealive X Mofusand Memperkenalkan Tiga Minuman Berasaskan Coklat – Khusus Untuk Penggemar Kucing
March 26, 2025
Makanan & Minuman
Lina Rosli
Buat pencinta kucing dan pencinta coklat, kolaborasi terbaru antara Tealive dan Mofusand pasti akan mencuri perhatian anda.
Ini kerana Tealive memperkenalkan minuman Mofusand Brownie Series, siri minuman berasaskan coklat yang mewah dan fudgy, lengkap dengan cawan edisi khas bertemakan Mofusand yang comel.
Dalam kolaborasi eksklusif ini, Tealive memperkenalkan tiga pilihan minuman baharu:
- Coco Brownie Smoothie (RM10.28) – Gabungan yang sempurna antara coklat pekat dan tekstur smoothie yang menyegarkan.
- Coco Berry Brownie Smoothie (RM10.28) – Hadir dengan padanan coklat dan beri yang memberi rasa manis dan sedikit masam, mencipta keseimbangan rasa yang unik.
- Coco Brownie Kaw (RM8.40) – Minuman coklat yang pekat untuk pengalaman penuh kemewahan coklat.

Selain keenakan minuman, daya tarikan utama siri ini sudah tentu terletak pada cawan edisi khas Mofusand yang boleh dimiliki dengan setiap pembelian minuman siri Brownie.
Bagi yang ingin mencuba, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan minuman ini di semua cawangan Tealive bermula 26 Mac 2025.