Koppiku Memperkenalkan Menu Minuman Dalam Beg 1.2L – Pilihan Baru Untuk Pengalaman Minum Lebih Memuaskan

April 7, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Koppiku kini memperkenalkan saiz baharu untuk menu minuman mereka – dalam beg khas berkapasiti 1.2 liter. Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan pengalaman minum yang lebih praktikal dan jimat kepada para pelanggan.

Beg 1.2L ini menawarkan kemudahan untuk mereka yang ingin menikmati minuman kegemaran dalam kuantiti yang lebih banyak, sama ada untuk dinikmati seorang diri atau dikongsi bersama rakan-rakan dan keluarga.

Beberapa pilihan minuman yang boleh didapati dalam saiz 1.2L termasuk:

  • Americano
  • Koppiku Latte
  • Matcha Latte
  • Classic Chocolate

Harga untuk setiap beg 1.2L ini ditawarkan pada harga yang berpatutan iaitu Americano (RM18.90), Matcha Latte (RM32.90), Koppiku Latte (RM30.90) dan Classic Chocolate (RM31.90) menjadikannya pilihan yang praktikal dan ekonomikal bagi mereka yang mencari alternatif lebih besar dan berbaloi.

Buat masa ini, bagi anda yang berminat untuk mendapatkan minuman dalam beg 1.2L ini, ia boleh didapati di beberapa cawangan terpilih Koppiku di sekitar Lembah Klang.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd