BEUTEA Memperkenalkan Pilihan Gula Kosong Kalori Untuk Semua Rangkaian Minuman
Lina Rosli
Selepas ZUS Coffee, kini BEUTEA pula hadir dengan inisiatif yang menggalakkan gaya hidup sihat tanpa menjejaskan kelazatan rasa teh – BEUTEA kini tampil dengan pilihan gula 0 kalori untuk rangkaian minuman mereka.
Inisiatif ini membolehkan pelanggan menikmati minuman kegemaran seperti milk tea berkrim, teh buah yang menyegarkan, serta bancuhan klasik dengan kandungan kalori yang minimum.

Untuk pengetahuan anda, perbezaan ketara antara gula 0 kalori dan minuman tanpa gula adalah rasa yang hadir pada minuman berkenaan. Jika tanpa gula, minuman berkenaan akan menjadi tawar dan memberi kesan kepada rasa asal minuman.
Sementara untuk pilihan gula 0 kalori pula, walaupun tanpa kandungan gula biasa, rasa minuman kekal lazat dan memuaskan. Pelanggan tidak perlu lagi memilih antara menjaga pengambilan kalori atau menikmati minuman manis—kerana kini, kedua-duanya boleh dinikmati serentak.

Langkah ini bukan sahaja memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna, malah menunjukkan komitmen BEUTEA dalam menyokong pilihan gaya hidup yang lebih seimbang dan bertanggungjawab. Sama ada anda sedang dalam program diet atau sekadar ingin mengurangkan pengambilan gula harian, BEUTEA dengan gula 0 kalori adalah pilihan yang patut dipertimbangkan.