The Coffee Bean & Tea Leaf Menampilkan Pilihan Tumbler, Cawan Dan Botol Yang Penuh Gaya Menerusi Koleksi Colour Drop

April 17, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Pada bulan April ini, The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia menawarkan para pelanggan pelbagai tawaran eksklusif dan koleksi barangan terbaharu yang penuh gaya. Dengan pelancaran barangan edisi terhad, promosi menarik, serta ganjaran istimewa untuk ahli MyCBTL, ini merupakan masa terbaik untuk menikmati pengalaman kopi yang lebih bermakna.

Menampilkan rekaan yang segar dan berwarna-warni, Colour Drop Collection terdiri daripada tumbler, cawan dan botol yang direka khusus untuk menceriakan rutin harian anda. Koleksi ini boleh didapati di semua cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf di Semenanjung Malaysia, kecuali di lapangan terbang, pusat beli-belah berkonsepkan kilang, serta hospital.

Bagi ahli MyCBTL, koleksi ini turut disertakan dengan diskaun eksklusif sebanyak 20%, yang akan dikreditkan secara automatik dalam senarai ‘My Vouchers’ di aplikasi MyCBTL. Dan untuk ahli juga, anda boleh menebus baucar diskaun tambahan dengan hanya 10 Bean Points menerusi katalog ganjaran.

Promosi Istimewa MyCBTL Sepanjang April

Payday Treats – Beli 2 Minuman, Dapatkan Minuman Ketiga pada Harga RM1

Nikmati penjimatan hebat dari 22 hingga 25 April 2025. Dengan pembelian dua minuman, pelanggan boleh mendapatkan minuman ketiga pada harga RM1 sahaja dengan menebus baucar melalui aplikasi MyCBTL menggunakan 1 Bean Point.

The Ultimate Bundle Deal – 4 Sekawan Bundle Set pada Harga RM99

Dari 14 hingga 27 April 2025, pelanggan boleh menikmati hidangan lengkap melalui pakej 4 Sekawan yang bernilai lebih RM150 – kini ditawarkan pada harga hanya RM99. Pakej ini merangkumi:

  • 4 minuman buatan tangan (1 kopi, 1 teh ais, dan 2 minuman Ice Blended)
  • 1 pilihan piza (Pepperoni atau Hawaiian)
  • 1 pilihan pasta (Spaghetti Bolognese, Aglio Olio atau Chicken Lasagna)
  • 1 sandwic (Ikonik Rendang atau Egg Club)
  • 1 hidangan Cranberry Salad

Tawaran ini boleh ditebus dengan 10 Bean Points sahaja melalui katalog ganjaran di aplikasi MyCBTL. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan tawaran terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia, anda boleh layari laman web rasmi atau muat turun aplikasi MyCBTL di Apple App Store dan Google Play Store.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd