Colgate Revolusikan Kecantikan Gigi Menerusi Pengenalan Colgate Optic White Purple Serum
Lina Rosli
Di dalam era kecantikan masa kini, rata-rata individu tidak hanya memfokuskan kepada kecantikan pada wajah sahaja, tetapi turut menitikberatkan penampilan menyeluruh. Oleh itu, Colgate komited dalam memastikan kecantikan individu dapat dipertingkatkan menerusi pengenalan konsep kecantikan oral atau pergigian.
Untuk pengetahuan anda, baru-baru ini, Colgate Malaysia memperkenalkan Colgate Optic White Purple Serum, serum pemutih gigi pertama berwarna ungu yang direka untuk membetulkan tona kuning pada gigi serta-merta.
Diformulasikan dengan teknologi pembetulan warna (colour correcting) yang diinspirasikan daripada teknik dalam industri kosmetik, Colgate Optic White Purple Serum menggunakan pigmen ungu pekat untuk meneutralkan kesan kekuningan pada gigi.

Hasilnya, senyuman tampak lebih cerah dan berseri hanya selepas dua minit penggunaan – sesuai untuk individu yang mahukan hasil cepat dan praktikal tanpa perlu prosedur pemutihan yang mahal.
Menurut Colgate, Colgate Optic White Purple Serum bukanlah pengganti ubat gigi, sebaliknya pelengkap yang meningkatkan keberkesanan rutin pemutihan gigi harian. Pengguna hanya perlu mengikut tiga langkah mudah:
- Picit (Pump): Sapukan satu pam serum ke atas berus gigi.
- Ungu (Purple): Berus seperti biasa selama dua minit.
- Senyum (Smile): Lihat kesan senyuman yang lebih cerah serta-merta.
Dengan reka bentuk padat dan mudah dibawa, serum ini boleh menjadi sebahagian daripada kit kecantikan harian – sesuai digunakan sebelum temu janji, sesi penggambaran, temuduga atau sekadar untuk kelihatan lebih yakin ketika berswafoto.
Sebahagian Daripada Rangkaian Kecantikan Oral Ungu Colgate
Bagi yang tidak mengetahui, serum ini melengkapkan lagi rangkaian Colgate Optic White Purple yang diperkenalkan tahun lalu. Produk terdahulu seperti ubat gigi Colgate Optic White Purple telah mendapat sambutan hangat kerana keupayaannya membetulkan tona gigi serta menanggalkan kesan kotoran permukaan dengan kombinasi High Cleaning Silica dan Core Shell Silica.

Kini, dengan kehadiran serum baharu ini, pengguna boleh menggabungkan kedua-dua produk untuk hasil yang lebih maksimum – menjadikan senyuman bukan sekadar pelengkap penampilan, malah lambang keyakinan diri.
Sekiranya anda berminat, Colgate Optic White Purple Serum kini boleh didapati di platform edagang rasmi Colgate seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop, serta di farmasi terkemuka seperti Watsons, Guardian dan Caring di seluruh negara.