adidas Originals Memperkenalkan “The Original Lounge” – Francais Ikonik Yang Direka Untuk Memperkasa Muzik Dan Menonjolkan Bakat Tempatan
Lina Rosli
Nampaknya, pada tahun ini, adidas Originals mengalihkan tumpuan daripada meraikan warisan budayanya kepada generasi akan datang yang memberi inspirasi baru melalui “The Original”.
The Original merupakan francais ikonik yang direka oleh adidas bagi memberikan satu mesej positif kepada individu di seluruh dunia. Kempen ini memperlihatkan perjalanan beribu-ribu peminat adidas menerusi koleksi kegemaran mereka iaitu Superstar II, Handball Spezial, Samba OG dan Firebird Tracksuit.

Dan khusus di Malaysia, adidas mempersembahkan The Original Lounge di adidas Originals, The Gardens Mall – sebuah ruang yang didedikasikan untuk memperkasakan muzik dan menonjolkan bakat tempatan.
Lebih daripada sekadar kedai ‘pop-up’ , ia merupakan tempat ekspresi diri diraikan untuk ahli Original berkumpul, berhubung dan mendapat inspirasi pada masa kini. Kempen ini diwakili oleh Ismail Izzani dan DOLLA sebagai ikon adidas Originals Malaysia.

Selari dengan konsep ini adalah visi kolaboratif jenama dengan pengarah terkenal Thibaut Grevet, seorang pereka terkenal dengan bahasa visual yang telah membentuk landskap budaya melalui karyanya.
Ini sesuai dengan prinsip Originals yang menggalakkan gabungan bidang sukan, muzik dan fesyen untuk menghasilkan karya yang unik.

Di adidas The Original Lounge, anda boleh mendapatkan koleksi yang kini tersedia, dengan harga seperti berikut:
- Kasut Superstar II– Daripada RM569.00
- Handball Spezial – RM449.00
- Samba OG – RM569.00
- Baju Track Firebird – RM429.00
- Seluar Track Firebird – RM379.00