ZUS Coffee Memperkenalkan Siri Minuman Baharu Yang Unik Dan Segar – Siri COFFIZZ
April 29, 2025
Uncategorized
Lina Rosli
Untuk and ayang sedang mencari kelainan dan keunikan untuk rasa kopi, anda mungkin boleh mencuba minuman terbaru dari ZUS Coffee, siri COFFIZZ.
Menerusi siri COFFIZZ ini, ZUS Coffee tampil dengan gabungan rasa kopi dengan rasa berkrim, buah-buahan,dan kesegaran unik. Siri ini membawa pengalaman menikmati kopi ke tahap baharu, dengan sentuhan rasa yang lebih ringan dan menyegarkan.

Terdapat tiga pilihan minuman yang ditawarkan iaitu:
- Vel-nilla Coffizz – Menggabungkan rasa vanila lembut dengan Velvet Crème, Vel-nilla Coffizz membawakan kenangan float vanila zaman kanak-kanak. Versi ini hadir dengan tambahan kafein ringan, menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang ingin menikmati keunikan rasa nostalgia dengan sentuhan dewasa.
- Orange Coffizz (Akan Datang) – Menampilkan rasa seakan sorbet oren yang diserikan dengan sedikit rasa kopi, Orange Coffizz menawarkan keseimbangan antara rasa buah yang manis dan masam dengan tekstur berkrim yang menyegarkan.
- Pomelo Coffizz (Akan Datang) – Memperkenalkan rasa limau bali yang manis dan sedikit pahit, Pomelo Coffizz memberikan pengalaman rasa yang berani dengan sentuhan berkrim di sebalik kekuatan rasa sitrusnya. Ia sesuai untuk mereka yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza dan menyegarkan.
Bagi yang berminat, Vel-nilla Coffizz boleh dinikmati di semua rangkaian ZUS Coffee bermula hari ini pada harga RM10.90 secawan, sementara Orange Coffizz dan Pomelo Coffizz akan mula ditawarkan di semua cawangan bermula 8 Mei 2025.