Jenama Pencuci Mulut Di Bawah Secret Recipe, Lapisan Pâtisserie Kini Terima Pensijilan Halal JAKIM
Lina Rosli
Tahukah anda bahawa Lapisan Pâtisserie merupakan sebuah jenama pencuci mulut di bawah Secret Recipe Cakes & Café?
Untuk pengetahuan anda, Lapisan Pâtisserie telah dilancarkan sejak Ogos 2024. Apa yang membezakannya dengan jenama Secret Recipe adalah jenama ini menampilkan pelbagai pastri eksklusif yang menggabungkan rasa premium dengan sentuhan moden.
Dan kini, Lapisan Pâtisserie secara rasmi menerima pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi cawangannya di Mid Valley Megamall.

Pensijilan ini menandakan komitmen jenama tersebut dalam mengekalkan piawaian tinggi dari segi kualiti, kebersihan serta kepatuhan kepada nilai dan keperluan pelanggan Muslim di Malaysia.
Bagi anda yang belum pernah mencuba Lapisan Pâtisserie, antara pilihan popular yang boleh dinikmati termasuklah Honey Toast—roti susu bakar bersalut madu, mentega dan karamel rangup; Strawberry Maritozzo yang dipenuhi krim mascarpone dan strawberi segar; serta Peach Delight Danish, pastri croissant yang diisi krim badam dan pic.
Untuk maklumat terkini dan promosi akan datang, anda boleh layari laman media sosial rasmi Lapisan Pâtisserie di Facebook dan Instagram.