Honda e:N1 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 15 Mei Ini
Lina Rosli
Honda Malaysia mengumumkan yang mana model Battery Electric Vehicle (BEV) pertamanya, iaitu All-New e:N1 dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada 15 Mei 2025 ini.
Bagi yang tidak mengetahui, model e:N1 ini menggunakan platform e:N Architecture F, sebuah sistem pacuan hadapan yang direka khas bagi memastikan pecutan lancar dan kawalan tepat di pelbagai keadaan jalan raya.

Untuk pengetahuan anda, pada bulan April yang lepas, Honda Malaysia telahpun membuka pra-tempah untuk model BEV ini kepada pelanggan di Malaysia.
Honda Malaysia telah melantik lapan pengedar sah Honda di tiga rantau utama untuk mengendalikan pertanyaan berkenaan e:N1.
Senarai Pengedar Sah Honda Untuk Pertanyaan e:N1:
| Rantau | Nama Pengedar | Lokasi |
|---|---|---|
| Tengah | Accord Auto Sdn Bhd | Selangor |
| HZN Cars Sdn Bhd | Selangor | |
| Peringgit Sri Motor Sdn Bhd | Kuala Lumpur | |
| Tiong Nam Motor (M) Sdn Bhd | Selangor | |
| Utara | Ban Hoe Seng Auto Sdn Bhd | Perak |
| Vivahill Auto Sdn Bhd | Pulau Pinang | |
| Selatan | Ban Lee Heng Motor Sdn Bhd | Negeri Sembilan |
| Kah Motor Co. Sdn Bhd (Tebrau) | Johor |
Untuk membuat tempahan awal, pelanggan boleh melayari https://prebook.honda.com.my/ atau menggunakan aplikasi HondaTouch.