KAO Malaysia Hadir Dengan Kempen Yang Menggabungkan Penyelesaian Penjagaan Kulit Bersama Program Ganjaran Watsons

May 13, 2025
Gaya Hidup

Lina Rosli

KAO Malaysia, dengan kerjasama Watsons, melancarkan kempen “Skin Protection, Life Perfection” sebagai usaha memperkukuh kesedaran mengenai kepentingan penjagaan dan perlindungan kulit dalam kehidupan seharian.

Menerusi kempen ini, KAO memperkenalkan satu ekosistem kolaboratif yang menggabungkan penyelesaian penjagaan kulit jenama Bioré bersama program ganjaran Watsons, sekaligus menyokong usaha memperluas kefahaman pengguna terhadap kesihatan kulit yang berpanjangan.

Lebih dari sekadar rutin kecantikan, perlindungan kulit dilihat sebagai asas kepada kesejahteraan hidup dan keyakinan diri. Menerusi inisiatif ini, sebanyak 1% daripada hasil jualan kempen akan disumbangkan kepada penyelidikan berkaitan kesihatan kulit di Malaysia, menjadikan ia sebagai satu pendekatan holistik yang menyatukan sains, kesedaran diri dan impak sosial.

Sebagai sebahagian daripada komitmennya, KAO memperkenalkan pendekatan penjagaan kulit “Cleanse. Protect.” yang menekankan rutin mudah tetapi efektif. Rangkaian Bioré bukan sahaja menampilkan produk pembersih yang lembut pada kulit, malah dilengkapi dengan pelindung UV berprestasi tinggi untuk mengurangkan kesan sinaran matahari, habuk dan pencemaran terhadap kulit.

Pendekatan ini bukan sahaja melindungi kesihatan kulit fizikal, malah menyumbang kepada pembentukan gaya hidup yakin dan produktif untuk menempuh cabaran harian.

Ganjaran Eksklusif Sepanjang Kempen

Watsons sebagai rakan peruncit utama kempen ini menyediakan pelbagai insentif untuk memupuk tabiat penjagaan kulit harian dalam kalangan pelanggan.

Antara tawaran menarik yang boleh ditebus sepanjang tempoh Mei hingga Ogos 2025 termasuk:

  • Program W Rewards: Tebus Bioré Guard MOS Block 50g dengan 500 mata Watsons.
  • Program E-Stamp: Kumpul setem dan tebus produk seperti Bioré Guard MOS Block 50g, Bioré UV Aqua Rich Aqua Protect Mist 60ml dan Tone Up Essence 70g.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd