IZIPIZI Lancar Kios Pertama Di Asia, Bertempat Di Pavilion Kuala Lumpur
Lina Rosli
Jenama cermin mata dari Paris, IZIPIZI, yang terkenal dengan rekaan bergaya serta fungsional untuk semua peringkat umur, kini secara rasmi melancarkan kios pertamanya di Asia.
Terletak di Aras 5, Lot No. P52, Pavilion Kuala Lumpur, kios ini dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam dan menawarkan pelbagai koleksi cermin mata yang sesuai untuk setiap gaya hidup.

Pelancaran ini menandakan langkah penting dalam pengembangan IZIPIZI di rantau Asia Tenggara, membawakan rekaan cermin mata yang menggabungkan gaya hidup moden dengan elemen keselesaan dan perlindungan mata.
Antara koleksi yang ditawarkan termasuklah IZIPIZI Sport, koleksi untuk dewasa dan kanak-kanak, serta koleksi baharu Stadium 2025.

Untuk gaya aktif:
- SPEED – Direka khas untuk pelari dan penunggang basikal, SPEED menampilkan kanta melengkung yang memberikan perlindungan menyeluruh daripada angin dan hujan, serta meningkatkan penglihatan periferi. Tersedia dalam tiga kategori kanta untuk pelbagai keadaan cuaca.
- JOURNEY – Cermin mata gaya hidup yang sesuai untuk aktiviti golf dan sukan pantai. Dilengkapi kanta polarized yang mengurangkan silau dan meningkatkan kontras, sambil mengekalkan gaya elegan.
Untuk penggemar gaya estetik:
- STADIUM 2025 – Koleksi terbaharu yang menggabungkan elemen retro sukan dengan gaya moden harian. Cermin mata ini menonjol dengan permainan warna blok, inspirasi atletik vintaj dan keselesaan ringan, sesuai untuk aktiviti santai mahupun aktif.
Untuk kegunaan harian:
- READING (SUN/SCREEN) – Direka untuk kegunaan harian seperti membaca, menonton skrin dan aktiviti santai, koleksi ini tersedia untuk dewasa dan kanak-kanak dalam pelbagai warna menarik. Ia turut hadir dengan pelbagai kekuatan diopter (dari +1 hingga +3), termasuk kanta penapis cahaya biru dan varian pelindung UV.

Pelancaran kios ini bukan sahaja memperkenalkan lebih ramai pengguna di Malaysia kepada gaya Paris yang sofistikated, malah memperkukuh komitmen IZIPIZI dalam menyediakan koleksi bermusim yang segar dan relevan.
Sama ada anda mencari cermin mata berprestasi tinggi untuk aktiviti luar, atau sekadar gaya harian yang versatil, IZIPIZI menawarkan pilihan yang sesuai untuk semua gaya hidup. Untuk maklumat lanjut dan pilihan koleksi, pelanggan boleh terus mengunjungi kios IZIPIZI di Pavilion KL.