Gelombang VIVAIA, Sneakerina Dan Mary Jane Pilihan Jennie Dan Bella Hadid Kini Di Malaysia

May 15, 2025
Fesyen

Lina Rosli

VIVAIA, jenama kasut global yang menerajui inovasi dalam fesyen lestari, terus mencuri perhatian dunia fesyen dengan dua gaya ikonik yang menjadi pilihan selebriti antarabangsa. Antaranya termasuk Satin Sneakerina yang tular dipakai oleh Bella Hadid dan Charli XCX, serta Margot Mary-Jane yang digayakan oleh bintang global, Jennie Ruby Jane.

Sneakerina – Gaya Pilihan ‘It Girl’

Koleksi Sneakerina merupakan gabungan gaya dan kelestarian – direka daripada bahan kitar semula, dilengkapi dengan tiga lapisan tapak, struktur boleh dilipat dan rekaan satin yang boleh dicuci menggunakan mesi, pertama seumpamanya di dunia.

Dua gaya utama yang menonjol dalam koleksi ini ialah:

  • Cristina Sneakerina – menampilkan tali kasut boleh tukar dan telah dipakai oleh Bella Hadid, Amelia Gray serta Shuhua daripada (G)I-DLE. Kasut ini mencatat kejayaan luar biasa apabila habis terjual dalam masa seminggu, telah diulang stok sebanyak 5 kali dan mencatat lebih 10,000 pasang terjual.
  • Yanka Sneakerina – hadir dalam bentuk seperti ballet-flat yang ringan dan sesuai untuk musim panas.

Gaya Ikonik Margot Mary-Jane Seperti Jennie

Penyanyi dan ikon fesyen Korea, Jennie Ruby Jane, baru-baru ini mencuri perhatian apabila tampil dengan VIVAIA Margot Mary-Jane berwarna Ruby Red di Instagram selepas persembahannya di Coachella.

Sejak pelancarannya pada akhir 2023, kasut ini telah menjadi produk terlaris VIVAIA pada tahun 2024, dengan lebih 150,000 pasang terjual di seluruh dunia.

Rekaan Margot Mary-Jane dikenali dengan hujung empat segi yang ikonik serta tali boleh laras untuk keselesaan optimum. Ia turut digayakan oleh ramai personaliti terkenal termasuk Alexa Chung, Ashley Liao dan Joo Young Lee.

Menjelang musim panas 2025, versi baharu dengan material boleh bernafas bakal dilancarkan untuk memberi keselesaan maksimum dalam cuaca panas.

Bagi yang berminat, anda kini boleh mendapatkan koleksi terkini VIVAIA secara fizikal di The Exchange TRX di Lot L1.101.0 & 102.0 yang terletak di aras 1.

Dengan penawaran gaya yang moden, mesra alam serta digayakan oleh barisan selebriti dunia, VIVAIA kini mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama kasut pilihan ‘It Girl’ global – dan kini turut boleh dimiliki oleh peminat fesyen di Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd