FILA Hadi Dengan Koleksi Baharu – FILA Echappe VC V2 Lambang Keanggunan Dan Keberanian Wanita Moden
Lina Rosli
FILA melancarkan koleksi terbaharu Echappe VC V2, sebuah interpretasi moden yang menggabungkan dua aliran fesyen kontemporari iaitu balletcore dan gorpcore.
Melalui koleksi ini, FILA mempersembahkan paduan yang seimbang antara kehalusan estetika balet dengan keteguhan elemen gaya lasak — menyerikan semangat wanita moden yang lembut namun berani, penuh keyakinan dan bergaya.

Bertemakan kempen “Grace with Attitude”, koleksi ini menyerlahkan rekaan tali Velcro bergaya moden, tapak luar yang menonjol serta lapik dalam Ortholite yang memberi sokongan maksimum, keselesaan optimum dan aliran udara untuk pemakaian sepanjang hari.
Ditawarkan dalam tiga rona klasik iaitu kelabu, hitam dan beige, koleksi ini direka untuk dipadankan dalam pelbagai gaya harian dan aktiviti aktif mahupun kasual.

Bukan itu sahaja, simbol kotak muzik digunakan sebagai elemen utama kempen, menggambarkan keindahan gerakan balet yang digabungkan dengan kekuatan dalaman — menyampaikan mesej tentang keseimbangan antara keanggunan dan keteguhan, dua ciri yang menjadi teras koleksi Echappe VC V2.
Bagi yang berminat, koleksi FILA Echappe VC V2 kini boleh didapati di butik-butik rasmi FILA seperti di Sunway Pyramid, Pavilion KL, IOI City Mall, dan Pavilion Damansara Heights, serta secara atas-talian di platform e-dagang rasmi FILA.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti akaun rasmi di Instagram @filasoutheastasia dan @fila.malaysia.