Lapisan Patisserie Kini Buka Cawangan Baharu Di The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru

June 6, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Pada Ogos 2024 yang lalu, Lapisan Patisserie telah membuka cawangan pertama mereka di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Dan kini mereka kembali dengan membawa seleksi pencuci mulut Perancis ini ke Johor Bahru menerusi pembukaan cawangan terbaharu mereka di The Mall, Mid Valley Southkey.

Cawangan baharu ini menampilkan ruang yang lebih luas – membolehkan para pelanggan menikmati lebih daripada sekadar pastri.

Antara pilihan yang ditawarkan termasuklah pastri yang dibakar segar setiap hari, kek petit yang halus dan estetik, serta kopi yang dibru dengan teliti.

Menariknya, beberapa menu baharu turut diperkenalkan secara eksklusif di cawangan Mid Valley Southkey, antaranya:

  • Pistachio Bowtie Croissant dan Pistachio Cronelé, yang sebelum ini telah diperkenalkan di festival Salon Du Pain di Kuala Lumpur;
  • Chocolate Cronelé dan Crème Brûlée Cronelé, sejenis pastri berlapis ala croissant dengan tekstur rangup menyerupai canelé, diisi dengan krim coklat atau krim crème brûlée;
  • Tiramisu Maritozzo, hasil ilham daripada sambutan hangat versi strawberi terdahulu; serta
  • Shakshouka Danish, pastri ringan yang dihidangkan bersama sos tomato, keju mozzarella, telur, dan serbuk pedas sebagai penambah rasa.

Sejak mula beroperasi pada Ogos 2024, Lapisan Pâtisserie telah berjaya mencuri perhatian dalam industri pencuci mulut tempatan menerusi gabungan rasa dan kehalusan penyediaan. Ia juga merupakan manifestasi gabungan teknik Perancis klasik yang diolah dengan cita rasa tempatan yang unik.

Orang ramai dijemput untuk mengunjungi cawangan terbaharu ini di G-049, The Mall, Mid Valley Southkey, Persiaran Southkey 1, Southkey, 80150, Johor Bahru bagi menikmati sendiri pengalaman gastronomi yang ditawarkan – sesuai sebagai destinasi santai sempena cuti hujung minggu yang panjang.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd