BZU BZU Hadir Dengan Teknologi Baharu Untuk Lampin Bayi – VelvetBreeze Direka Khas Untuk Si Manja Yang Mempunyai Kulit Sensitif
Lina Rosli
Cuaca panas dan lembap bukan sahaja memberi kesan kepada orang dewasa, malah turut menjejaskan keselesaan bayi.
Memahami keperluan ini, jenama penjagaan bayi terkenal BZU BZU telah melancarkan lampin baharu dikenali sebagai VelvetBreeze, iaitu lampin pertama di Malaysia yang dilengkapi teknologi pengudaraan pintar dan direka khas untuk memberikan keselesaan menyeluruh kepada bayi sepanjang hari.

Pengudaraan Menyeluruh Dengan 360° Cosmic Circulation
Ciri utama VelvetBreeze ialah teknologi 360° Cosmic Circulation, yang membolehkan aliran udara bebas di seluruh kawasan lampin – dari pinggang hingga ke bahagian belakang dan punggung bayi. Teknologi ini membantu mengurangkan kelembapan dan haba yang terperangkap, sekaligus memastikan kulit bayi kekal kering dan segar walaupun dalam keadaan cuaca yang panas.
AIRJUST™ – Teknologi Penyesuaian Automatik Suhu
Bukan itu sahaja, VelvetBreeze turut dilengkapi teknologi AIRJUST™ – sistem pintar yang mengawal pengudaraan lampin secara automatik. Apabila suhu persekitaran meningkat, ia melepaskan lebih haba. Manakala sewaktu cuaca yang lebih sejuk, ia mengekalkan kehangatan yang selesa.
Inovasi ini mencipta mikroiklim yang lebih mesra untuk kulit bayi, sekaligus mengurangkan risiko ruam dan iritasi.
Selamat Untuk Kulit Sensitif – Tanpa Bahan Kimia Berbahaya
Selain itu, VelvetBreeze diuji secara klinikal terhadap 150 bayi, dan lebih 96% tidak mengalami sebarang masalah ruam. Ia bebas daripada klorin, paraben, pewarna, dan ftalat – menjadikannya pilihan ideal untuk kulit bayi yang mudah merengsa.

Ketahanan Anti-Bocor Sehingga 14 Jam
Bagi ibu bapa yang sibuk, lampin ini menawarkan perlindungan maksimum dengan teras penyerap berprestasi tinggi yang mampu mengekalkan kekeringan sehingga 14 jam. Sesuai untuk kegunaan siang dan malam, VelvetBreeze memastikan bayi tidur lebih lena tanpa gangguan.
Lampin VelvetBreeze ditawarkan dalam dua pilihan iaitu Lampin Pelekat (saiz NB, S, M, L) dan Lampin Seluar (saiz M, L, XL, XXL), pada harga runcit bermula RM42.90. Ia boleh didapati melalui laman web rasmi BZU BZU, serta platform edagang seperti Shopee dan Lazada, termasuk di kedai-kedai fizikal terpilih seluruh negara.