Kasih Sayang, Bukan Sekadar Perasaan, Tetapi Dengan Beramal: The Truly Loving Company Menyumbang Lebih RM100,000 Untuk Badan Amal Tempatan Dalam Menyokong Pertumbuhan Komuniti Dan Alam Sekitar
Isyia

● TLC meneruskan komitmennya untuk menyalurkan 100% daripada dividen syarikat kepada tujuan amal, menyokong golongan yang memerlukan dan melindungi alam sekitar.
KUALA LUMPUR, 10 Jun 2025 — The Truly Loving Company (TLC) Malaysia, sebuah perusahaan sosial terkemuka, sekali lagi menegaskan komitmennya dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik. Dalam acara minum petang dan penyampaian cek di One World Hotel pada 7 Mei 2025, TLC menyumbangkan RM100,000 kepada sepuluh badan amal terpilih, meneruskan misi mereka untuk menyokong komuniti dan alam sekitar.
Acara minum petang kali ini menyaksikan TLC meraikan sifat kemanusiaan dan semangat untuk memberi kepada semua penerima sumbangan yang baru untuk tahun 2025. TLC juga mempamerkan koleksi projek-projek terdahulu, yang membuktikan bahawa kerjasama dapat membawa perubahan besar dan bermakna. Julia Chong, Ketua Pegawai Eksekutif TLC, berkongsi pandangannya mengenai misi dan cita-cita TLC, serta memperkukuhkan visi syarikat untuk mengintegrasikan kebaikan dalam kehidupan seharian.
Senarai penerima sumbangan TLC untuk tahun 2025 termasuk Pink Ribbon Wellness (L) Foundation, yang memberi fokus kepada kesedaran kanser payudara dan sokongan kepada penghidap kanser. Dignity & Services, yang menyediakan peluang pekerjaan dan latihan vokasional untuk individu dengan kecacatan pembelajaran, turut tersenarai. Selain itu, Yayasan Sunbeams Home, sebuah pusat perlindungan bagi kanak-kanak yatim piatu dan terabai, juga menerima sumbangan daripada TLC tahun ini. Society of the Blind in Malaysia, sebuah organisasi kebangsaan yang memperjuangkan hak dan peluang bagi individu cacat penglihatan, turut tersenarai sebagai penerima sumbangan daripada TLC.
Selain itu, Pusat Kreatif Kanak-kanak Tuanku Bainun (PKKTB), yang menawarkan program seni kreatif untuk kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan berusia 8 hingga 17 tahun, akan menerima dana untuk program Mari Belajar yang dijalankan dengan kerjasama Jasmine Play School. Dana ini akan digunakan untuk menyokong aktiviti seperti bengkel khas untuk ibu bapa, hari keluarga, serta aktiviti pengayaan kemahiran bahasa dan membaca yang bersifat kreatif. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuh penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak, meningkatkan kualiti pendidikan awal, dan mempromosikan kesiapsiagaan sekolah.
Acara ini berakhir dengan sesi minum petang yang memberi peluang kepada tetamu untuk saling berkongsi cerita dan pengalaman dalam industri mereka. Inisiatif seperti ini merupakan cara yang efektif untuk mengukuhkan hubungan antara perniagaan dan organisasi amal, serta membina komuniti yang lebih prihatin.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2006, TLC telah mencorak semula cara operasi perniagaan di Malaysia sebagai perusahaan sosial pertama yang menggabungkan model berorientasikan keuntungan dengan pembangunan, pembuatan, dan pemasaran produk pembersih rumah tangga berkualiti tinggi. Apa yang membezakan TLC daripada perusahaan sosial lain adalah komitmennya untuk menyalurkan 100% daripada dividen syarikat kepada tujuan amal, memastikan setiap ringgit yang diperoleh disalurkan kepada mereka yang memerlukan dan untuk melindungi alam sekitar. TLC Green Initiatives, salah satu inisiatif syarikat, menggalakkan tanggungjawab sosial dan memberi manfaat terhadap alam sekitar. Melalui pendekatan ini, TLC terus membuktikan bahawa perniagaan boleh berkembang sambil memberi impak positif yang berterusan kepada komuniti.
Pada tahun 2024, TLC telah menyokong pelbagai organisasi dan badan amal seperti Persatuan Penjagaan Kanak-kanak Terencat Akal Johor Bahru, HOSPIS Malaysia, National Stroke Association of Malaysia (NASAM), Rumah Aman, dan SHELTER – Home for Children. Selain itu, TLC turut serta dalam pelbagai inisiatif komuniti, termasuk Bazar Krismas Menara Hap Seng, bazar amal HOSPIS Malaysia di Stella Maris International School, dan Acara Kumpulan Sokongan Pesakit Kanser di Thomson Hospital Kota Damansara. Acara-acara ini menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran, mengumpul dana, dan menyatukan masyarakat bagi tujuan bersama demi kebaikan komuniti.
Impian TLC melangkaui sekadar memberi sokongan dalam sesuatu acara. TLC menggambarkan sebuah masa depan yang di mana sifat dermawan bukan lagi perkara yang dipandang sebelah mata, tetapi menjadi tunjang setiap kepada usaha perniagaan. Dengan memulakan langkah pertama, TLC berharap dapat memberi inspirasi kepada organisasi dan individu lain untuk mengamalkan sikap peduli dan berkongsi.
Seperti yang dinyatakan oleh Julia, “Sebagai perusahaan sosial, TLC berhasrat mencipta model perniagaan yang bukan sahaja mengutamakan keuntungan, tetapi juga memberi impak positif kepada masyarakat dan alam sekitar. Kami percaya bahawa dengan mempraktikkan belas kasihan dalam amalan perniagaan harian, kami dapat bersama-sama membentuk masyarakat yang lebih inklusif dan prihatin”.
Inisiatif luar biasa ini membuktikan bahawa penerapan nilai kasih sayang, empati, dan keprihatinan dalam kehidupan seharian mampu mengubah dunia. Melalui usaha mereka untuk membantu komuniti dan melindungi alam sekitar, TLC menunjukkan bahawa perniagaan dengan tujuan positif dapat memberi impak besar kepada golongan yang memerlukan. Dengan menyumbang RM100,000 kepada badan-badan amal, TLC bukan sahaja mengubah kehidupan individu yang kurang bernasib baik, tetapi juga memberi teladan kepada organisasi korporat lain. Kasih sayang, akhirnya, bukan sekadar perasaan—ia adalah sesuatu yang kita amalkan.
Untuk maklumat lanjut mengenai The Truly Loving Company, produk-produk mereka, dan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat lain, sila layari https://www.thetrulylovingcompany.com/.
-TAMAT-