Ayam Brand Hadir Dengan Idea Hidangan Baharu Yang Boleh Diolah Menggunakan Produk Mackerel Dan Sardin Dalam Tin
Lina Rosli
Sudah mencapai lebih 130 tahun di pasaran, Ayam Brand boleh dikatakan merupakan antara jenama yang cukup dikenali di dapur rakyat Malaysia. Sardin dan mackerel dalam tin sering dijadikan pilihan cepat dan mudah – sama ada untuk sambal ringkas atau kari mackerel yang memikat selera.
Namun, dalam kempen terbaharunya, Ayam Brand tampil dengan pendekatan lebih segar dan kreatif – mengajak pengguna untuk bereksperimen dengan resipi baharu yang berani, moden dan penuh rasa.

Dari Resipi Klasik Ke Fusion
Melalui kempen “Makan Lain Macam, Segar Tetap Terasa”, Ayam Brand memperkenalkan pelbagai idea hidangan menarik yang boleh diolah dengan hanya satu atau dua tin sardin atau mackerel.
Kempen ini bukan sekadar menghidupkan semula bahan klasik, tetapi juga mengetengahkan versatiliti dan nilai pemakanan yang tinggi dalam makanan dalam tin.
Antara idea hidangan yang dikongsikan termasuklah:
- Bebola Keju & Makaroni Sardin – Ia merupakan gabungan snek dan hidangan barat yang digandingkan bersama. Menampilkan makaroni lembut, keju cair dan sardin hancur yang digaul bersama, yang kemudiannya dibentuk menjadi bebola.
- Mackerel Masak Merah – Bagi anda yang menggemari rasa yang berempah, anda boleh mencuba resipi Mackerel Masak Merah yang sangat ringkas dan mudah untuk disediakan. Anda hanya perlu tumis pes Masak Merah Ayam Brand, kemudian masukkan satu tin ikan mackerel dan biarkan ia mereneh sebentar. Diadun bersama nasi mentega, ia menjadi sajian lengkap dan memuaskan – sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam yang ringkas.


Lebih Daripada Sekadar Sedap – Khasiat Omega-3 Dalam Setiap Tin
Selain rasa yang menyelerakan, sardin dan mackerel Ayam Brand juga kaya dengan nutrien penting, terutamanya asid lemak Omega-3. Untuk produk ini, Ayam Brand hadir dengan kadar omega yang lebih tinggi iaitu sehingga 7 kali lebih banyak Omega-3 berbanding sardin yang dimasak sendiri.
Bukan itu sahaja, produk Ayam Brand ini juga mengandungi ssid lemak seperti EPA dan DHA yang penting untuk kesihatan jantung, otak dan mata – yang mana tubuh manusia tidak dapat menghasilkannya secara semula jadi.