Membina Rumah Pintar Yang Praktikal Dengan Ekosistem AIoT Xiaomi – Turut Hadir Dengan Peti Sejuk Pintar, Mijia Refrigerator Cross Door 510L

June 12, 2025
Keperluan Rumah

Lina Rosli

Dalam era teknologi moden, rumah bukan lagi sekadar tempat tinggal — ia kini menjadi ruang yang semakin cerdas, berfungsi dan selesa berkat kehadiran sistem rumah pintar. Xiaomi, sebagai salah satu jenama terkemuka dalam bidang teknologi pengguna, terus memacu evolusi ini melalui ekosistem AIoT (Artificial Intelligence of Things) yang menyatukan pelbagai peranti ke dalam satu sistem pintar dan terhubung.

Ekosistem ini merangkumi pelbagai peranti — daripada perkakas dapur, televisyen, sistem hiburan, peranti mudah alih hinggalah ke penyaman udara dan peti sejuk. Setiap satu daripadanya bukan sahaja direka untuk prestasi, tetapi juga menyumbang kepada keselesaan harian apabila digabungkan dalam satu sistem pintar yang boleh dikawal terus melalui aplikasi Xiaomi Home.

Keselesaan Harian Yang Lebih Mudah Dan Tersusun

Bayangkan pulang ke rumah selepas seharian bekerja, penyaman udara Mijia Air Conditioner Pro Eco telah mula menyejukkan bilik secara automatik beberapa minit sebelum ketibaan anda. Melalui fungsi inverter pintar dan sokongan 5-Star, model 1.0HP atau 1.5HP ini bukan sahaja menjimatkan tenaga, malah boleh dikawal dari jauh menggunakan telefon pintar.

Gabungan ini menjadikan pengalaman harian lebih efisien dan selesa, tanpa perlu menyentuh suis atau alat kawalan jauh secara fizikal.

Bagi ruang dapur pula, Mijia Smart Kettle 2 Pro hadir dengan sistem pemanasan pintar dan pengekalan suhu, memudahkan penyediaan minuman pada waktu pagi atau malam tanpa perlu menunggu lama. Segala fungsi boleh ditetapkan melalui aplikasi – daripada suhu ideal untuk teh hijau hinggalah kepada air panas untuk membancuh susu anak kecil.

Bukan itu sahaja, Xiaomi Smart Multifunctional Rice Cooker memainkan peranan penting dalam memudahkan penyediaan makanan yang sihat dan konsisten. Periuk ini menyokong sambungan ke aplikasi Xiaomi Home, membolehkan pengguna menetapkan waktu memasak, memilih resipi pra-tetap, atau memantau proses memasak dari mana-mana sahaja. Misalnya, anda boleh menetapkan nasi dimasak sejam sebelum tiba di rumah, atau menerima notifikasi apabila nasi telah siap tanpa perlu menunggu di dapur.

Hiburan Yang Menyeluruh Dalam Satu Ekosistem

Ruang tidur moden bukan sahaja berfungsi untuk berehat, malah menjadi pusat hiburan dan interaksi keluarga. Xiaomi Smart Projector L1 hadir sebagai salah satu pelengkap utama untuk transformasi ini, menawarkan pengalaman tontonan berskala besar secara mudah dan fleksibel.

Dengan kebolehan untuk memproyeksikan skrin bersaiz sehingga 120 inci, pengguna dapat menikmati filem, siri TV atau permainan video dalam suasana sinematik tanpa perlu memasang televisyen berskrin besar secara kekal di dinding. Ciri auto-keystone dan pemfokusan pintar menjadikan proses penyediaan lebih pantas dan kemas, walaupun di ruang yang terhad.

Lebih menarik, Xiaomi Smart Projector L1 boleh disambungkan terus kepada ekosistem Xiaomi Home, membolehkan pengguna mengawalnya melalui telefon pintar atau suara. Fungsi ini sangat berguna, terutamanya apabila digunakan bersama Xiaomi Soundbar 2.0 bagi menghasilkan sistem hiburan yang menyeluruh dan saling melengkapi.

Reka bentuk minimalis dan senyap menjadikannya sesuai ditempatkan di mana-mana ruang sama ada ruang tamu moden mahupun bilik tidur peribadi sambil mengekalkan estetika yang bersih dan elegan.

Sistem Rangkaian Yang Kukuh Di Seluruh Rumah

Tiada rumah pintar yang benar-benar lancar tanpa rangkaian internet yang stabil. Di sinilah pentingnya penggunaan Xiaomi Router BE3600 atau sistem Mesh BE3600 Pro, sama ada dalam konfigurasi satu unit atau tiga unit. Rangkaian Wi-Fi yang pantas dan menyeluruh membolehkan kesemua peranti AIoT berfungsi secara optimum tanpa gangguan sambungan, termasuk ketika mengawal peranti melalui suara atau aplikasi.

Dengan sistem ini, pengalaman menggunakan peti sejuk pintar, penyaman udara, atau malah menonton kandungan penstriman 4K menjadi lebih lancar tanpa “lag” atau gangguan isyarat.

Peranti Tambahan Yang Menyokong Gaya Hidup Harian

Selain peranti utama, Xiaomi turut menawarkan pelbagai aksesori yang menyokong keperluan moden pengguna. Antaranya termasuklah Xiaomi Smart Camera C301 dan Xiaomi Smart Camera C200, dua kamera keselamatan pintar yang menyokong rakaman definisi tinggi, pengesanan pergerakan secara masa nyata, serta notifikasi segera ke telefon pintar.

Di sudut berbeza kediaman, Xiaomi Smart Scent Diffuser pula membawa elemen relaksasi dan kesegaran udara ke dalam rumah pintar. Ia mampu mengeluarkan haruman berasaskan minyak pati secara terkawal, sama ada mengikut jadual atau berdasarkan tetapan automatik dalam aplikasi.

Dari aspek kebersihan lantai pula, Xiaomi Robot Vacuum X20 Max ialah penyelesaian pintar bagi tugas yang selalunya memakan masa dan tenaga. Dengan keupayaan menyedut dan mop serentak, serta sistem navigasi yang pintar dan tepat, peranti ini membolehkan pembersihan menyeluruh setiap hari — tanpa memerlukan campur tangan manual. Ia sesuai untuk kediaman bersaiz besar mahupun ruang apartmen moden dan boleh dikawal terus dari aplikasi.

Melengkapi ekosistem rumah pintar ini ialah satu peranti yang sedikit unik — Xiaomi Multi-function Camping Lantern. Dengan reka bentuk tahan lasak dan hayat bateri yang panjang, ia menambah dimensi fleksibiliti untuk sebarang situasi, dari gangguan bekalan elektrik hinggalah ke sesi membaca di balkoni pada waktu malam.

Penyimpanan Makanan Pintar, Bersih Dan Teratur

Kehadiran peranti seperti Mijia Refrigerator Cross Door 510L menambahkan dimensi baharu kepada dapur pintar. Dengan teknologi iFresh Convertible Zone dan Ag+ Fresh, peti sejuk ini bukan sahaja memastikan kesegaran makanan, tetapi juga menyekat pertumbuhan bakteria sehingga 99.99%. Kawalan suhu pula boleh dilakukan dari jauh, sama ada untuk melaraskan mod semasa pasaraya atau memastikan pintu tidak dibiarkan terbuka.

Menerusi sambungan Wi-Fi terbina, pengguna boleh mengawal suhu dan mod peti sejuk secara jarak jauh melalui aplikasi Xiaomi Home. Fungsi ini turut menawarkan kemas kini OTA, diagnosis kendiri 24 jam, serta notifikasi segera jika pintu dibiarkan terbuka melebihi dua minit.

Selain fungsi pintar, model ini turut hadir dengan sistem dual inverter yang bukan sahaja menjimatkan tenaga, tetapi juga beroperasi secara senyap – sesuai untuk kediaman moden yang mementingkan ketenangan.

Panel sentuh di bahagian hadapan membolehkan kawalan suhu dan mod yang lebih intuitif. Reka bentuk pintu dengan sudut bukaan 90° memastikan akses mudah ke laci penyimpanan walaupun peti sejuk diletakkan rapat ke dinding. Estetika luaran dengan kemasan kelabu batuan (slate gray) pula menambah sentuhan minimalis yang elegan.

Peti sejuk Mijia Cross Door 510L kini boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga rasmi RM2,899 di kedai rasmi Xiaomi, mi.com serta di Xiaomi Official Store di Lazada dan Shopee. Untuk tempoh terhad, pengguna berpeluang mendapatkannya pada harga promosi awal RM2,399.

Pembelian di Semenanjung Malaysia turut disertakan dengan penghantaran dan pemasangan percuma, serta perlindungan waranti umum selama 2 tahun dan waranti pemampat selama 10 tahun

Satu Langkah Ke Hadapan Dalam Gaya Hidup Pintar

Selepas melihat senarai produk AIoT Xiaomi di atas, pastinya anda tidak sabar untuk melengkapkan rumah anda dengan semua keperluan ini, bukan? Menariknya, menerusi Xiaomi Home, ia boleh menyatukan pelbagai jenis peranti dalam satu sistem yang seragam dan mudah diurus.

Tidak kira sama ada pengguna memulakan dengan satu peranti seperti penyaman udara atau melengkapkan keseluruhan rumah dengan sistem rangkaian, peti sejuk, jam tangan, dan hiburan — setiap peranti saling melengkapi dalam satu ekosistem pintar.

Lebih penting, Xiaomi tidak hanya menyediakan teknologi, tetapi menawarkan penyelesaian gaya hidup yang lebih kemas, efisien dan selari dengan keperluan moden. Rumah tidak lagi hanya tempat berteduh — ia menjadi sistem yang memahami tabiat, keperluan dan rutin harian anda.

Jika anda sedang mencari jalan untuk memodenkan rumah secara bertahap tetapi menyeluruh, AIoT daripada Xiaomi merupakan langkah logik dan praktikal ke arah masa depan yang lebih pintar.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd