Armor All Tampil Dengan Rangkaian Produk Penjagaan Kereta Baharu Menerusi Siri Podium Premium

June 13, 2025
Automotif

Lina Rosli

Bagi anda ynga mungkin sedang mencari produk penjagaan kereta yang bersesuaian dengan kenderaan anda, mungkin siri produk baharu dari Armor All ini akan menarik minat anda.

Menerusi kerjasama eksklusif bersama Oracle Red Bull Racing, Armor All memperkenalkan Siri Armor All Podium – rangkaian premium terbaharu untuk penjagaan kereta yang bukan sahaja menyerlahkan penampilan kenderaan, tetapi juga melindunginya dengan lebih berkesan.

Sebagai sebahagian daripada pelancarannya juga, Armor All mengajak orang ramai untuk mencuba sesi cuci kereta secara percuma pada 21 dan 22 Jun 2025 bertempat di Elmina Lakeside Mall bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Sewaktu sesi ini, anda boleh melihat barisan produk baharu dari Armor All yang digunakan untuk cucian asas yang ditawarkan.

Siri Podium ini bukan sekadar direka untuk membersihkan kereta – ia dibangunkan untuk pemandu yang mahukan sesuatu yang lebih. Daripada kilauan optimum hinggalah perlindungan tahan lama, setiap produk dalam siri ini menjanjikan prestasi unggul dan penggunaan yang mudah, seiring dengan gaya hidup aktif dan dinamik masa kini.

Jadi, jika anda ingin melihat sendiri hasilnya, jangan lupa untuk singgah ke Elmina Lakeside Mall pada hujung minggu ini dan alami sendiri kuasa produk premium Armor All. Untuk info lanjut, ikuti Armor All® di media sosial atau layari laman rasmi mereka di armorall.com/my.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd