Wishing Tree @ Exchange 106: Simbol Harapan dan Tindakan Bersama di TRX

June 16, 2025
Pusat Beli-Belah

Yumey09

KUALA LUMPUR, 11 Jun 2025 – Menara pencakar langit tertinggi di Malaysia, Exchange 106, kini menjadi simbol harapan dan perpaduan melalui pelancaran Wishing Tree @ Exchange 106.

Inisiatif ini dilancarkan dengan kerjasama Affin Hwang Investment Bank Berhad (AFFIN HWANG) dan MERCY Malaysia, bertujuan untuk menyokong usaha bantuan bencana sambil menggalakkan tindakan bersama antara korporat dan komuniti.

Dengan tema memperkukuh semangat kerjasama, Wishing Tree ini bukan sekadar hiasan, tetapi juga peluang untuk rakyat Malaysia menunaikan “hajat” sebenar daripada komuniti yang memerlukan. 

Sebagai pelengkap kepada inisiatif ini, Fundraising Bazaar akan berlangsung di Menara AFFIN, TRX dari 23 hingga 26 Jun 2025. 

Bazar ini membawa usahawan tempatan terpilih yang akan menyumbang sebahagian hasil jualan kepada Dana Bantuan Bencana MERCY Malaysia, menjadikan setiap pembelian satu bentuk sumbangan.

Menurut Datuk Wan Razly Abdullah, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN, “Kerjasama ini mencerminkan tanggungjawab AFFIN terhadap impak positif. 

Dengan panduan pelan Axelerate 2028, kami menyepadukan kelestarian alam dalam inisiatif perniagaan dan memberi galakan kepada semua pihak untuk menyumbang ke arah Malaysia yang menyeluruh dan berdaya tahan.”

Presiden MERCY Malaysia, Dato’ Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus turut menekankan kepentingan kerjasama di antara sektor awam dan swasta dalam memberikan bantuan kemanusiaan dengan lebih berkesan. 

“Setiap ringgit yang dikumpul disalurkan terus kepada usaha bantuan kecemasan, membawa harapan dan belas kasihan kepada komuniti yang terkesan.”

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Exchange 106, Patrick Honan berkata, “Exchange 106 bukan sekadar bangunan fizikal, tetapi harus menjadi pemangkin kepada kemajuan bersama. 

Inisiatif Wishing Tree ini mencerminkan bagaimana aspirasi ESG boleh diterjemah kepada tindakan nyata yang dapat dilihat dan dirasai oleh masyarakat.”

Antara jenama tempatan yang menurut serta dalam bazar ini adalah Sometime by Asian Designers, Watsons Malaysia, Chef Kecik, Tile Concept, Micro Garden, i-Scent, Ho Ho Musang King, Ambon Boenda, Hi-Bliss, Kyuji, NALE dan SMC Marketing & Advertising.

Penyertaan mereka mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap masyarakat, menjadikan bazar ini lebih daripada sekadar aktiviti membeli-belah.

Inisiatif ini dijangka memberi kebaikan kepada lebih 13,000 eksekutif di kawasan TRX, di samping memperkukuh kesedaran terhadap nilai-nilai alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam kalangan golongan pekerja swasta dan awam.

Semua kutipan dana akan dikendalikan secara telus di bawah rangka kerja ESG AFFIN HWANG, yang sejajar dengan Taksonomi Berasaskan Prinsip & Perubahan Iklim Bank Negara Malaysia (CCPT).

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd