Gangguan Bekalan Global – Matcha ZUS Coffee Dijangka Kembali Julai
Lina Rosli
ZUS Coffee baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka kini berdepan dengan kekurangan bekalan matcha di semua cawangan, susulan gangguan rantaian bekalan global yang turut menjejaskan banyak syarikat dalam industri makanan dan minuman.
Menurut kenyataan rasmi, stok matcha di kebanyakan lokasi kini berada pada paras minimum dan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat terhadap menu berasaskan matcha.

Namun begitu, pihak ZUS Coffee memberi jaminan bahawa langkah-langkah sedang diambil bagi menyelesaikan isu ini, dan pelanggan boleh menjangkakan kembalinya minuman berasaskan matcha bermula Julai 2025.
Dengan permintaan terhadap matcha yang kekal tinggi dalam kalangan pelanggan, ZUS Coffee menekankan bahawa usaha sedang digandakan bagi menstabilkan semula bekalan dan mengembalikan produk popular tersebut ke menu secepat mungkin.