Tealive Buka Cawangan Pertama Di Singapura – Lokasi Di Changi Airport Terminal 3

June 18, 2025
syarikat

Lina Rosli

Kepada peminat minuman boba Tealive di Singapura, inilah berita yang dinanti-nantikan yang mana jenama minuman ini kini melangkah ke pasaran Singapura secara rasmi. Lokasi cawangan pertama Tealive di Singapura telah dibuka di Lapangan Terbang Changi, Terminal 3.

Pelancaran ini bukan sahaja menggembirakan komuniti Malaysia yang berada di Singapura, malah memberi peluang kepada rakyat Singapura sendiri untuk mencuba pelbagai pilihan minuman ikonik yang telah menjadi kegemaran ramai — daripada Signature Brown Sugar Pearl Milk Tea sehinggalah rangkaian minuman smoothie dan matcha.

Bagi anda yang sedang merancang untuk ke luar negara atau transit di Singapura, inilah peluang terbaik untuk menikmati secawan Tealive dalam suasana baharu.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd