Gardenia Quick Bites Kembali Dengan Dua Perisa Baharu Iaitu Strawberi Dan Durian
Lina Rosli
Jenama roti ikonik Gardenia memperkenalkan dua perisa baharu dalam rangkaian Quick Bites mereka iaitu Roti Krim Perisa Strawberi dan Roti Krim Perisa Durian, yang pasti mencetuskan keterujaan buat pencinta snek tempatan.
Dengan gabungan tekstur roti yang lembut dan inti krim yang kaya rasa, produk ini direka untuk dinikmati pada bila-bila masa – sama ada sebagai snek ringan mahupun peneman sewaktu bekerja atau bersantai.

Quick Bites perisa strawberi menawarkan rasa manis dan segar dengan intinya yang berkrim serta aroma beri yang menyenangkan. Ia sesuai untuk golongan muda yang menggemari rasa klasik yang mudah dinikmati oleh semua peringkat usia.
Manakala bagi mereka yang gemarkan rasa tempatan yang lebih berani, Quick Bites perisa durian menampilkan cita rasa unik Raja Buah Malaysia dalam versi yang lebih moden dan mesra pengguna. Inti duriannya yang kaya dan berkrim dibalut dengan roti lembut menjadikan snek ini pilihan menarik buat pencinta durian sejati.
Kedua-dua varian ini hadir dengan formulasi tanpa lemak trans, menjadikannya pilihan snek yang lebih meyakinkan dari segi kualiti dan keselamatan makanan.
Bagi yang berminat, Roti Krim Perisa Strawberi dan Roti Krim Perisa Durian ini boleh didapati di pasaran pada harga RM1.20 untuk satu pek.