Watsons Pink Kini Dibuka Di Sunway Pyramid – Tawar Pengalaman Kecantikan Serba Baharu
Lina Rosli
Selepas kejayaan sulung cawangan pertamanya di SkyAvenue Genting Highlands, Watsons Malaysia kini memperluaskan konsep Watsons Pink Store ke lokasi strategik baharu iaitu Sunway Pyramid, salah satu destinasi beli-belah utama negara.
Watsons Pink bukan sekadar kedai kecantikan biasa – ia adalah destinasi gaya hidup yang imersif dan interaktif, dicipta khas buat pencinta kecantikan moden.

Dengan konsep serba merah jambu yang ceria dan elegan, ruang dalamannya direka untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang mengujakan yang mana ia menawarkan perkhidmatan solekan ekspres percuma, analisis warna peribadi melalui Colour Studio, hinggalah kepada teknologi kecantikan canggih seperti analisis kulit dan sudut hadiah eksklusif.

Sebagai tarikan utama, Watsons Pink menampilkan zon K-Beauty dan J-Beauty, jenama tempatan, Hair Studio Bay oleh L’Oréal Professionnel Paris, serta ruang haruman dan sudut “Insta-worthy” – menjadikan setiap lawatan lebih menyeronokkan dan bergaya.
Dengan ruang lebih luas dan susun atur moden, konsep ini juga memperkenalkan seragam kakitangan rekaan khas hasil kolaborasi bersama pereka fesyen terkenal, Rico Rinaldi – menjadikan keseluruhan pengalaman visual lebih ikonik dan selari dengan identiti “pink-tastic”.

Watsons Malaysia komited untuk terus memacu inovasi dalam runcit kecantikan, memberikan pelanggan bukan sahaja pilihan produk, tetapi juga pengalaman yang inspiratif, menyeronokkan dan bernilai tambah.