Oriental Kopi Memperkenalkan Minuman Baharu – Musang King Durian White Coffee
Lina Rosli
Buat anda yang sukakan kopi dan juga durian, mungkin anda tidak ingin ketinggalan untuk mencuba perisa baharu dari jenama kopitiam popular Oriental Kopi iaitu Musang King Durian White Coffee.
Menggabungkan rasa berani durian Musang King dengan keharuman kopi putih tempatan, minuman ini menampilkan pilihan rasa yang unik kerana ia menggandingkan dua rasa kegemaran rakyat Malaysia – iaitu durian dan kopi.

Setiap sachet mengandungi durian Musang King gred premium yang dipilih dengan teliti, memberikan rasa lemak manis yang kaya dan aroma yang menyengat. Ia kemudian digabungkan dengan tekstur kopi putih yang lembut untuk mencipta satu pengalaman rasa yang luar biasa.
Untuk rasa kopi pula, Oriental Kopi mencampurkan tiga jenis biji kopi iaitu Arabica, Robusta dan Liberica yang dipanggang secara sempurna untuk menghasilkan rasa penuh badan dan aroma memikat. Setiap hirupan menghadirkan keseimbangan rasa pahit, manis dan berkrim yang pasti membangkitkan deria.
Bagi anda yang berminat untuk mencuba, Musang King Durian White Coffee ini kini boleh didapayi di cawangan terpilih Oriental Kopi kecuali Vivacity.