Leonhart Energy Coffee- Minuman Kaffein dan Coklat Bertenaga

June 23, 2025
Kopi

Bat

Buat anda penggemar kopi dan juga coklat, mungkin anda tidak ingin ketinggalan untuk mencuba produk baharu dari jenama Leonhart iaitu High Energy Instant Coffee – Master Your Day.

Bagi yang tidak mengetahui, Leonhart ialah jenama minumam berkafein tinggi yang menggabungkan kekuatan tenaga kafein dengan kebaikan Ashwaganda – sejenis herba yang terkenal dalam perubatan tradisional untuk membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan ketenangan.

Diasaskan oleh Mr. S. Allan bersama penyelidik produk, Leonhart lahir daripada pengalaman sebenar dan penyelidikan selama tujuh tahun yang melibatkan lebih 100 kombinasi ramuan demi mencapai kesempurnaan rasa.

Apa yang menjadikan Leonhart unik adalah gabungan dua bahan utama:

  • 200mg kafein dalam setiap sachet – dua kali lebih tinggi berbanding kopi biasa.
  • Ashwagandha – herba yang membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan fokus dan menyokong kesejahteraan mental.

Ramuan ini menghasilkan rasa kopi dan coklat panas yang kaya, kuat, dan seimbang – memberikan ledakan tenaga tanpa rasa gemuruh atau ‘crash‘ yang biasa dirasai selepas minuman tenaga biasa.

Apa Ada Dalam Setiap Pek?

Setiap kotak Leonhart mengandungi 15 sachet (18 gram setiap satu), tersedia dalam dua variasi:

  • Leonhart High Caffeine Coffee Mix
  • Leonhart High Caffeine Hot Chocolate

Kedua-duanya sesuai untuk dinikmati waktu pagi, tengah malam, atau bila-bila masa anda perlukan semangat tambahan untuk menguasai hari anda.

Leonhart direka khas sesuai untuk mereka yang aktif dan ingin kekal produktif, termasuk golongan profesional, pelajar, ibu bapa bekerjam dan penggiat kecergasan.

Komitmen Sosial: Leonhart Fund

Lebih daripada sekadar minuman, Leonhart juga membawa misi sosial. Melalui Leonhart Foundation, sebanyak USD0.10 daripada setiap sachet yang dijual akan disalurkan kepada Leonhart Fund – inisiatif yang menyokong pembangunan diri, kepimpinan komuniti, dan kesihatan emosi. Setiap tegukan bukan sekadar memberi tenaga, malah membantu mencipta perubahan positif.

Leonhart kini boleh didapati pada harga RM16.97 sekotak, di pasar raya berdekatan anda – Aeon, Aeon Big, QRA, DeMarket, NSK Grocer, Everise dan juga atas talian seperti Lazada, Shopee, dan TikTok.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd